
IDEA CORSA X NISSAN Z. KASUT PEMANDUAN DIINSPIRASI NISSAN Z, BERMULA RM1,424 SEPASANG
Syarikat pembuat kasut dan barangan kulit, Negroni menjalin kerjasama dengan Nissan untuk menawarkan kasut memandu Idea Corsa x Nissan Z.
Kolaborasi itu melibatkan model kasut Idea Corsa buatan Negroni yang diberi sentuhan gayaan jentera Nissan Z. Ia hadir dalam warna kuning, biru atau putih bersama kemasan kulit yang ditebuk. Semua kasut itu mempunyai bahagian tengah berwarna perak dan elemen berbentuk N pada sisinya. Tidak ketinggalan, logo Z pada bahagian tumit.
Kasut itu direka di bawah pemantauan pengurus perancangan produk Nissan Z, Hiroshi Tamura.

Kasut berkenaan sudah boleh dibeli secara dalam talian dan ditawarkan pada harga berbeza mengikut warna. Harga untuk warna biru ialah AS$340 (RM1,424), biru berharga AS$420 (RM1,760) dan paling mahal ialah kuning dengan harga AS$440 (RM1,844) sepasang.
Sedia maklum bahawa semua warna kasut itu adalah sama dengan warna Nissan Z. Z merupakan kereta sports terkini Nissan yang bersaing secara langsung dengan Toyota Supra. Ia dilengkapi enjin 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 400hp dan tork 475Nm.
Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam kelajuan atau automatik 9-kelajuan. Z hadir dalam dua varian iaitu Sport dan Performance dan ditawarkan pada harga bermula AS$40,000 (RM167,600) di Amerika Syarikat.
- BACA: NISSAN LANCAR TERRA FACELIFT 2021 DI THAILAND. BERMULA RM152,300
- BACA: NISSAN 400Z LEBIH MURAH DARIPADA TOYOTA SUPRA 2.0 DI US. MACAM MANA NISSAN BUAT?
- BACA: NISSAN SAHKAN GT-R NISMO 2022 HABIS TERJUAL. SPECIAL EDITION, WARNA KELABU JADI PILIHAN
- BACA: NISSAN 400Z BAKAL GUNA ENJIN V6 VR30DDTT TURBO BERKEMBAR. SUPRA TERANCAM?
GALERI