Buletin

GEELY ICON CONCEPT – CERMINAN JENTERA UNTUK PENGGUNA MASA DEPAN

Geely Auto Group hari ini memperkenalkan satu lagi kereta konsep futuristik, Icon Concept pada acara Beijing International Motor Show 2018.

Kereta itu membuktikan keupayaan gergasi automotif tersebut dalam menawarkan produk terbaik pada masa depan.

Ia direka menggunakan bahasa rekaan yang ringkas serta fokus kepada dua aspek iaitu teknologi tinggi dan memberi inspirasi.

Jentera tersebut dibangunkan sepenuhnya oleg studio Geely Design China di Shanghai yang diketuai oleh Naib Presidennya, Guy Burgoyne.

Projek itu dijalan sebagai satu cara untuk mengembangkan DNA Geely ke dalam bidang-bidang baharu yang turut mengambil kira keperluan pengguna generasi baru.   

“Bagi seseorang, ikon mewakili generasi dan semangat era mereka. Pada abad ke-21 ini, ikon membawa satu makna baru di mana bermulanya pengembaraan digital. Kami mengambil semua makna ini dan menggunakannya ke dalam penyelesaian mobility kami,” kata Burgoyne.  

Sebagaimana yang anda boleh lihat, Icon Concept tampil dengan kontur yang sedikit berbeza dan rata berbanding crossover tradisional.

Rekaan yang minimalis itu diteruskan ke ruang kabin, biarpun ia padat dengan teknologi terkini.  

Konsol Enegy Hub terapung yang turut digunakan dalam Geely Bo Rui GE. Ia membolehkan pemandu dan penumpang mengecas peranti mereka tanpa wayar dan berkongsi maklumat menerusi skrin-skrin di dalam kereta.

Canggih benor Geely ni kan..

GALERI

Google ads
Back to top button