Artikel Pilihan

ALKISAH KIA CARENS – MPV KOMPAK K-POP

Suatu ketika dahulu, jenama MPV dari negara K-Pop inilah yang pernah menjadi kegemaran pemilik. Di tempat kita juga tidak terkecuali. Kia Carens menjadi pilihan yang ideal buat mereka yang ingin berganjak daripada kereta sedan kepada sesuatu yang lebih besar. Tapi tidaklah seperti MPV bersaiz Emporium macam Kia Carnival. Kekok nak pandunya.

BACA : PANDU UJI: PROTON ERTIGA, MPV KOMPAK YANG PRAKTIKAL

BACA : PESAING HONDA BR-V – MPV KOMPAK MITSUBISHI (EXPANDER) DIDEDAH DI INDO

Ternyata pengenalan Kia Carens ini adalah jawapan yang dinanti-nantikan. Debut pertama adalah apda tahun 1999. Dengan bekalan enjin 1.8 liter, ianya dianggap sudah memadai untuk membawa sebuah keluarga kecil pulang ke kampung halaman sewaktu Hari Raya dengan syarat tidak membawa bagasi bersaiz XL.

Mempunyai kilang pemasangan di Hwaseong, Cikarang, Chu Lai dan tidak lupa juga Gurun, menjadikan Kia Carens ini agak popular juga di sekitar benua asia.Terutamanya apabila versi facelift diperkenalkan. Dan ketika inilah, Naza Citra diperkenalkan hingga berjaya menambat hati. Iyalah, bila mana dah pakai jenama lokal, sudah tentu harganya pun lebih murah berbanding versi KDM (Korea Domestic Model).

Menggunakan enjin 2.0 ltier, sudah tentu Naza Citra ini dianggap sebagai sebuah MPV kompak yang paling handal ketika itu. Tiada persaingan. Kalau ada pun, Opel Nabira yang mana ianya lebih banyak dibeli oleh orang yang ada-ada. Menikmati status sebagai MPV kebangsaan, sudah tentulah permintaannya boleh tahan juga, apatah lagi harganya ketika itu masih boleh dianggap sebagai mampu milik.

 

Walau pun di penghujung era tahun 2000 pihak Naza telah menawarkan Naza Citra II Rondo, namun Naza Citra lama juga masih menjadi idaman hati. Entahlah, kalau tengok paras rupa si Rondo ni ada sedikit pelik. Terutamanya bahagian punggung. Lebar sangat walau pun ianya cukup praktikal untuk mengisi lebih bagasi.

Maka tidak hairanlah Rondo ini kurang mendapat sambutan di tempat kita. Apatah lagi apabila MPV kebangsaan sebenar mula dipasarkan, Proton Exora dan Perodua Alza. Main sentimen harga, memang kalah teruklah si Rondo ini waktu itu.

Akan tetapi prestasi jualan Kia Carens generasi kedua ini boleh tahan juga sebenarnya diperingkat awal pengenalannya pada tahun 2006.Terutamanya apabila ia turut dipasarkan di Amerika Syarikat dan juga Canada. Namun, jumlah jualannya menurun bermula 2009 sampai sudah tak naik-naik lagi dah.

Menyedari hakikat mereka adalah pakar dalam menghasilkan MPV kompak yang K-Pop, generasi ketiga Kia Carens ini kembali menampilkan rekabentuk yang diyakini mampu menarik kembali perhatian terutamanya bakal pembeli generasi muda. Lengkap gril Tiger Nose sebagai imej Kia masa kini.

Pilihan enjin 1.6 liter Gamma GDI, 2.0 liter Nu GDI dan juga 1.7 liter CRDI turbo diesel turut ditawarkan. Dan kini Kia Carens serba baharu ini turut dilengkapi dengan bumbung panaroma bagi menikmati bintang-bintang dilangit menghiasi angkasa.

Aspek keselamatan juga tidak kalah kerana ianya memperolehi 5-Star NCAP. Beg udara pun ada sampai enam. Dan prestasi jualannya di Eropah pun boleh tahan hebat juga. Cuma untuk pasaran kita ianya tercicir dalam katalog. Sedangkan lain-lain produk Kia bersedia untuk ditempah oleh penggemar K-Pop. Bimbang nak bawa masuk harga serupa kapal selam, siapa pula nak beli?

Google ads
Back to top button