
GERAM DISAMAN, SEORANG PELAJAR TULIS SURAT RASMI KEPADA PIHAK BERKUASA GUNA CHATGPT
Sejak dibina oleh OpenAI Disember lalu, orang ramai kini mula menerima manfaat daripada teknologi baharu, ChatGPT.
Untuk pengetahuan, platform ini dikuasakan dengan bot perbuatan (chatbot) kecerdasan buatan (AI) dan akan menjawab sebarang pertanyaan daripada pengguna.
Di United Kingdom, seorang pelajar menggunakan sebaiknya ChatGPT untuk menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa selepas disaman AS$74 (RM327) atas kesalahan tempat letak kereta.

Menurut Millie Houlton, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di sekitar tempat tinggalnya selepas terdapat kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan di kawasan berkenaan.
Maka dengan itu, Houlton terpaksa meletakkan kenderaan di tempat lain namun dikenakan saman oleh pihak berkuasa.
Houlton sebelum ini menggunakan ChatGPT bagi tujuan pengajian di universiti, bercadang memanfaatkan platform itu untuk menghantar surat kepada majlis tempatan di York. Hasilnya, pihak majlis tempatan membatalkan saman tersebut.
“Saya mendapati lebih mudah menggunakan alat yang boleh memasukkan fikiran saya ke dalam kata-kata dan menyampaikannya dengan betul,” katanya.
Houlton berkata, teks dihasilkan ChatGPT sangat profesional dan satu-satunya pindaan perlu dibuat ialah menambah beberapa butiran peribadi.
- BACA: JABATAN POLIS KANSAS DISAMAN PEGAWAINYA SENDIRI KERANA KELUARKAN ARAHAN BERBAUR PERKAUMAN
- BACA: PEGAWAI POLIS DALLAS DISAMAN KERANA BUAT LIVE STREAMING TIKTOK SEWAKTU BERTUGAS
- BACA: TESLA MENANG SAMAN KE ATAS TIKTOKER CHINA – BAYAR RM65K DAN BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA
- BACA: JPJ PULAU PINANG SAMAN BENGKEL POTONG BREK MOTOSIKAL NAK BAGI LAJU KETIKA MEREMPIT