Buletin

TESLA MENANG SAMAN KE ATAS TIKTOKER CHINA – BAYAR RM65K DAN BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA

Selebriti TikTok dan juga merupakan pengulas kereta terkenal di China diarahkan untuk meminta maaf serta membayar pampasan kepada Tesla selepas kalah dalam tuntutan mahkamah.

Tuntutan itu mendakwa Cai Jia (dikenali di platform media sosial TikTok sebagai Boss Cai), sengaja menyebarkan khabar angin palsu mengenai Tesla.

Menurut Boss Cai, Tesla telah memberi tekanan kepada pengedar supaya menurunkan harga. Tidak cukup dengan itu, dia turut menyatakan bahawa pengawal kualiti Tesla menerima rasuah.

Menerusi laporan Car News China, Boss Cai memperolehi maklumat itu daripada rakan yang bekerja di kilang Tesla di Shanghai.

Walau bagaimanapun, ketika pihak mahkamah meminta rakannya itu datang ke perbicaraan sebagai saksi, Boss Cai kemudiannya memberitahu mahkamah dia terlupa nama rakannya.

Disebabkan kegagalan menyediakan bukti pertuduhan terhadap Tesla, mahkamah China akhirnya memerintahkan Boss Cai membayar pampasan sebanyak AS$14,563 (RM65,111) kepada Tesla.

Selain membayar pampasan, Boss Cai juga diarahkan untuk membuat permohonan maaf terbuka kepada pembuat kereta elektrik itu di sosial media miliknya.

Google ads
Back to top button