Buletin

GLC 200 SERTAI RANGKAIAN SUV MERCEDES-BENZ – RM288,888

Selepas berjaya memperkenalkan rangkaian SUV premium pada tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini menambah varian sedia ada dengan GLC 200.

“Sebagai jenama premium no. 1, kami menggabungkan aspek keselesaan, pengendalian dinamik dan lincah. Kami teruja untuk membawakan GLC 200 ke padaran tempatan,” kata Naib Presiden Jualan & Pemasaran Kenderaan Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine.

Model CKD itu tampil dengan rekaan luaran yang garang bersama beberapa kemasan krom. Bahagian radiator diserlahkan dengan logo bintang Mercedes bersama dua kemasan krom yang lebar berwarna perak.

Penampilan GLC 200 semakin menarik dengan rim aloi lima jejari bersaiz 19 inci, pelindung bawah kenderaan krom, paip ekzos berkembar dan roof rail.

Lampu LED berprestasi tinggi memberikan pancaran cahaya lebih terang pada waktu malam serta kurang menggunakan tenaga. Lampu belakang pula menggunakan teknologi LED yang bukan sahaja cantik, malah dapat dilihat dengan jelas pada waktu malam.

GLC 200 dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa 184hp dan tork 300Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan 9G-TRONIC.

Bergantung kepada mode pemanduan yang dipilih daripada DYNAMIC SELECT, kotak gear ini menjanjikan maklum balas terbaik.

Ruang kabin hadir dengan kemasan Exclusive yang terdiri daripada tempat duduk dibalut material kulit/fabrik ARTICO. Papan pemuka hadir bersama jahitan kontras dengan warna coklat mendominasi bahagian dalamannya.

Varian GLC:

Model GLC 200 (CKD) GLC 250 4MATIC (CKD)
Sesaran Enjin 4 sebaris, 4 injap pada setiap silinder 4 sebaris, 4 injap pada setiap silinder
Sesaran (cc) 1991 1991
Kuasa (kW/hp) 135/184 at 5500 155/211 at 5500
Tork (Nm) 300 at 1200 – 4000 350 at 1200 – 4000
Transmisi Transmisi automatik 9G-TRONIC Transmisi automatik 9G-TRONIC
Pecutan makimum speed (km/j) 210 222
0-100 km/j (s) 8.7 7.3
Penggunaan bahan api (l/100 km) 6.5 – 7.2 6.5 – 7.1
Harga (OTR tanpa insurans).

Harga termasuk GST

RM288,888 RM 325,888

GALERI

Google ads
Back to top button