CANOO LTV – KENDERAAN EV TAKTIKAL UNTUK TENTERA AS
Pihak tentera Amerika Syarikat ternyata cukup berminat dengan kenderaan elektrik (EV) dan kali ini mereka dalam proses merekrut trak ringan yang dinamakan Canoo Light Tactical Vehicle (LTV).
Ia kini dalam proses akhir untuk menjalani proses analisa dan demonstrasi. Canoo LTV ini dilihat agak serupa dengan model Pickup keluaran syarikat Canoo tetapi LTV ini dihasilkan dalam versi kabin tunggal, suspensi yang ditinggikan selain penggunaan tayar-tayar all-terrain bersaiz 32 inci.
Trak ini dilengkapi dengan sistem pacuan-semua-roda dan berkemampuan untuk menghasilkan 600hp kuasa. Ia jauh ebih berkuasa berbanding model standard yang dikatakan hanya mempunyai 500hp kuasa maksima.
Canoo tidak memberikan spesifikasi penuh buat masa sekarang tapi model LTV ini dikatakan dihasilkan untuk persekitaran yang paling ekstrim termasuk dengan ciri stealth. Ia juga berfungsi untuk melindungi penumpang dan sel bateri selain sangat tahan lasak. Penggunaan karbon Kevlar menjadikannya sangat kukuh berbanding penggunaan material tradisonal.
Sistem kelengkapan modular membolehkan peralatan taktikal, kotak-kotak barangan, khemah, dan pelbagai barangan lain dipasang dengan kemas dan selamat. Malah pendekatan ini juga dijangka dapat menjimatkan kos operasi selain mudah disesuaikan berdasarkan keperluan misi.
Rupa paras trak baharu ini mungkin tidak sehebat GMC Hummer EV tapi CEO Canoo menyatakan yang LTV ini satu pencapaian baharu dalam teknologi kenderaan EV dan mampu dieksploitasi dengan baik dalam situasi taktikal. Harap-harap betul sebab rupanya memang nampak agak lembut berbanding kenderaan ketenteraan lain.