Buletin

MITSUBISHI RALLIART BAKAL HADIR DENGAN OUTLANDER PHEV 2024 – 286HP, ANGGARAN HARGA RM200K

BestCarWeb mendedahkan bahawa Mitsubishi bakal memperkenalkan model Konsep Vision Ralliart 2024.

Menurut laporan, perancangan sedang dijalankan untuk memperkenalkan versi Outlander PHEV yang dipamerkan di Tokyo Auto Salon pada Januari tahun lepas. Selain enjin, Mitsubishi juga akan mengemas kini dari segi visual.

Untuk dimensi, ia dijangka mempunyai ukuran 4,810mm panjang, 1,880mm lebar, 1,748 tinggi dan jarak roda 2,705mm.  Maklumat lain, Mitsubishi Outlander PHEV Ralliart akan tiba dengan berat 2,180kg.

Model konsep diasaskan dari Outlander itu akan dipadankan dengan kit badan serta set rim lebih sporty dan agresif bersaiz 22 inci selain mendapat talaan semula pada suspensi.

Menerusi imej yang disiarkan, perubahan utama telah dilakukan pada bahagian belakang termasuklah peresap udara, lampu brek tengah diinspirasikan daripada F1 serta spoiler yang besar.

Dari segi kuasa, Outlander PHEV standard akan dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.4 liter yang berfungsi bersama sepasang motor elektrik. Enjin tersebut menghamburkan kuasa sebanyak 133hp, tetapi dengan motor elektrik, ia mampu menjana kuasa sehingga 286Hp.

Selain itu, model tersebut mungkin akan mempunyai pek bateri 20kWj yang sama seperti versi standard.

BestCarWeb menjangkakan kos Outlander dijual pada harga bermula AS$40,775 (RM180,816) sehingga AS$45,223 (RM200,541).

Google ads
Back to top button