Buletin

GM & FORD BANGUNKAN TRANSMISI

Ford Motor Company (Ford) dan General Motors Corporation (GM) telah menandatangani perjanjian bagi membangunkan transmisi automatik sembilan atau sepuluh kelajuan generasi terbaharu paling canggih untuk kereta, crossover, SUV serta trak. 

Transmisi itu akan dibina untuk varian pacuan roda hadapan dan belakang. Ia didakwa mampu meningkatkan prestasi kenderaan dan menjimatkan bahan api.

Kolaborasi itu akan membolehkan kedua-dua pengeluar kenderaan tersebut untuk mereka bentuk, membangun, menguji, mengesahkan dan menghantar transmisi terbabit kepada kenderaan dengan lebih cepat pada kos kompetitif, berbanding jika ia dibangunkan secara sendirian.

66000for-All-New Ford Escape 5

“Pasukan jurutera daripada GM dan Ford sudah pun memulakan kerja di peringkat awal. Kami yakin transmisi baharu ini akan meningkatkan standard teknologi, prestasi dan kualiti untuk semua pelanggan. Selain membantu mengurangkan penggunaan minyak dan menaikkan portfolio produk masa depan kami,” kata Naib Presiden kejuruteraan Transmisi Global GM, Jim Lanzon.

Ini merupakan kali ketiga GM dan Ford bekerjasama untuk membangunkan transmisi. Kerjasama sebelum ini telah membolehkan kedua-dua syarikat menghasilkan lebih lapan juta transmisi enam kelajuan untuk kenderaan pacuan roda hadapan yang tahan lasak dan berkualiti tinggi.

Ford menggunakan transmisi itu ke dalam beberapa model popular di pasaran Amerika Syarikat seperti Ford Fusion sedan, Ford Edge (crossover), Ford Escape dan Explorer (SUV). Sementara GM pula memasang komponen terbabit pada model Chevrolet Malibu, Chevrolet Traverse, Chevrolet Equinox dan Chevrolet Cruze.

Chevrolet Malibu

Sebagaimana sebelumnya, GM dan Ford akan menghasilkan kotak gear berkenaan di kilang masing-masing dengan berkongsi banyak komponen sama.

“Matlamatnya untuk memastikan aspek perkakasan dalam transmisi GM dan Ford adalah sama. Langkah ini akan memberikan faedah skala ekonomi kepada kedua-dua buah syarikat.

“Bagaimanapun, kami akan menggunakan perisian sendiri bagi memastikan setiap transmisi dipadankan sebaiknya kepada DNA kenderaan yang dibina oleh Ford dan GM,” kata Ketua Jurutera Ford bagi Kejuruteraan Program Transmisi dan Komponen Pacuan, Craig Renneker.

[hr]

Galeri

_dsc7975_dsc79822013-Chevrolet-Traverse-Crossover-0166000for-All-New Ford Escape 366000for-All-New Ford Escape 466439-b-for190907_41_for-ford-edge

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button