
GMC SIERRA HD AT4X – TRAK PIKAP DENGAN GAYA AMEEERIKA SEJATI
Di negara Uncle Sam, penggunaan trak pikap dianggap cukup penting, khususnya untuk mereka yang tinggal di kawasan ladang seperti yang banyak terdapat di Kansas. Penggunaannya cukup berguna untuk membawa barangan mahu pun dijadikan sebagai kenderaan untuk menarik trailer di belakang.
Ini ada sebuah model trak pikap yang kelihatannya cukup gah. Besar dan tinggi. Itulah definasi sebenar sebuah trak pikap buatan Amerika Syarikat. Inilah dia GMC Sierra HD AT4X. Ini bukan sembarangan trak pikap kerana buat pertama kalinya GMC memperkenalkan buat pertama kalinya model yang boleh dilaraskan ketinggian sehingga 1.5 inci dalam segmen trak pikap yang premium.

Model ini sebenarnya varian tertinggi, selain daripada model GMC Sierra HD (Heavy Duty) yang turut diperkenalkan kepada pasaran. Bahagian muka hadapan varian AT4X ini kelihatan cukup garang dengan penggunaan gril yang cukup besar berwarna hitam berbanding gril krom untuk varian standard.
Rupa luarannya diserlahkan lagi dengan penggunaan tayar 35 inci Goodyear Territory MT yang kelihatannya tidak mempunyai masalah langsung untuk menempuh sebarang bentuk muka bumi yang ada. Dan sebagai ciri keselamatan, ianya turut mempunyai penguncian pembezaan di bahagian belakang bagi membolehkan setiap tayar berputar dengan kadar kelajuan yang sama untuk sebarang permukaan.
Berbanding model standard yang hanya menggunakan enjin 6.6 liter gasolin, varian yang dianggap trak pikap premium ini lebih mengoptimumkan kuasa daripada enjin baharu V8 6.6 liter Duramax Turbo-Diesel yang mampu menghasilkan kuasa 470 kuasa kuda dan 975 lb-ft. Cukup berkuasa untuk menggerakkan badan trak pikap yang besar dan panjang ini. Dan kedua pilihan enjin ini menggunakan kotak gear automatik Allison 10 kelajuan yang sememangnya direka mengoptimakan kuasa enjin, tork dan juga kecekapan bahan bakar yang lebih baik

Sebagai ciri keselamatan, GMC Sierra HD AT4X ini telah dilengkapi dengan pelbagai ciri termasuklah 14 buah kamera. Dan bahagian kabinnya menampilkan ciri yang premium serupa sebuah kenderaan mewah. Tempat duduknya menggunakan balutan kulit Grain sepenuhnya yang lebih mewah. Dan tempat duduk tersebut dilengkapi dengan fungsi mengurut. Manakala kemasan di bahagian pintu menggunakan kulit Grain Teknikal.

Dan sebagai sebuah trak pikap yang sememangnya cukup berkuasa untuk menarik sebarang beban di belakangnya. Ianya mempunyai keupayaan menarik beban sehingga 8391 kg beban di belakang. Memang boleh tarik Motorhome di belakang. Bawa pergi berkhemah bersama ahli keluarga memang sedap. Bahagian dek belakang pun panjang, walau pun ianya adalah kabin berkembar. Memang boleh bawa banyak barang kan?
BACA : HARLEY-DAVIDSON SIERRA. TRAK PIKAP GMC EDISI TERHAD. HARGA RM406K
BACA : GMC HUMMER EV – 2 UNIT SAHAJA DIJUAL SEPANJANG Q1 2023