PEMANDU TEKSI AUSTRALIA CAJ AUD486 KEPADA PELANGGAN UNTUK PERJALANAN 74 KM
Tambang teksi kat mana-mana pun jarang murah apatah lagi jika anda membuat perjalanan ke lapangan terbang ataupun sebaliknya. Macam mana perasaan anda kalau berada di tempat warga Australia ini yang dikenakan tambang AUD486 untuk perjalanan sejauh 75 kilometer dari Melbourne Airport ke Berwick. Berpeluh kau.
Lelaki tempatan yang dikenali sebagai Ryan berkongsi pengalaman beliau selepas mengambil teksi pulang ke rumah akibat penerbangan yang ditangguh. Sebab dah penat sangat kot menunggu penerbangan, beliau tertidur dalam teksi selama 20-30 minit untuk perjalanan yang mengambil masa satu jam.
Sebaik tiba ke destinasi terperanjat koala terus si Ryan ni selepas melihat meter bayaran teksi yang 2.5 kali ganda lebih tinggi dari biasa. Malah kalau dikira menggunakan kalkulator tambang teksi perjalanan sejauh ini cuma mengambil kos AUD146-161 sahaja dah berbeza betul dengan AUD468. Itu dah bersamaan dengan RM1454!. Mati la nak kalau tak cukup duit.
Sudah tentu beliau mempersoalkan jumlah tambang tersebut tapi pemandu tetap mahukan Ryan membuat bayaran penuh mendakwa beliau terpaksa membayar tol dan menggunakan lebuh raya. Lagi best ayat pemandu teksi yang mengatakan beliau seorang pemandu teksi dan bukannya pengurus bank dan mengarahkan Ryan membuat bayaran dan menyemak kembali masalah ini keesokan harinya. Amboi banyak cantik budi bahasa.
Ryan mahu membayar menggunakan kad dan pemandu tersebut menaip jumlah AUD486.72 pada mesin POS yang nyata lebih tinggi dari paparan pada meter. Mungkin ia satu kesilapan menaip tapi perangai dan lagak pemandu menimbulkan keraguan pada sesiapa yang berada dalam situasi ini.
Video kejadian ini dikongsikan oleh Ryan di profil TikTok @classyryan. Korang tengok dan nilaikan sendiri lah. Kisah macam ni kat Malaysia dan biasa sangat sebenarnya. Cuma kat Malaysia lagi maju sebab tak pakai meter terus. Main sebut je harga. Kami pernah ke ambil teksi dari KLCC ke bangunan Celcom Jalan Semarak dengan kos RM30. Cekik darah betul.