GOCAR SUBS ELECTRIC TAMBAH MODEL EV BAHARU – PELAN LANGGANAN BERMULA RM120 SEHARI
Peneraju platform mobiliti, GoCar Malaysia kini menambah beberapa model kereta elektrik (EV) ke dalam rangkaian GoCar Subs Electric, bersama pilihan pelan langganan secara mingguan dan bulanan.
Penambahan rangkaian model EV serta pelan langganan dalam jangka masa lebih pendek bertujuan memudahkan dan menjadikannya lebih mampu milik buat pelanggan di Malaysia.
Rangkaian model dalam GoCar Subs Electric kini terdiri daripada tujuh kenderaan elektrik sepenuhnya iaitu:
- Nissan Leaf
- Renault Zoe baharu,
- Hyundai Kona EV
- Hyundai Ioniq 5
- Great Wall Motor Ora Good Cat
- Electric MINI
- Tesla Model Y
Untuk rekod, kadar langganan bermula RM120 sehari untuk pelan bulanan, manakala pelan mingguan pula, dikenakan caj RM171 sehari.
Kadar perkiraan adalah berdasarkan yuran langganan masing-masing dan Penepian Kerosakan Perlanggaran (CDW) mandatori.
Kadar langganan mingguan dan bulanan GoCar Subs Electric adalah seperti berikut:
Kepada yang berminat untuk menempah pengalaman EV selama seminggu atau sebulan, caranya mudah, hanya perlu daftar satu akaun GoCar Subs menerusi aplikasi mudah alih GoCar atau laman web GoCar Subs.
Untuk makluman, kenderaan akan disediakan dalam tempoh 14 hari (bergantung kepada kebolehdapatan) sebaik sahaja bayaran dibuat, merangkumi yuran langganan serta deposit sekuriti.
Selain itu, bagi memudahkan urusan pengecasan, semua model EV GoCar Subs disertakan dengan kad chargEV.
Kad percuma chargEV menawarkan akses percuma kepada semua pengecas AC, kecuali di Starbucks dan BMW. ChargEV mempunyai rangkaian lebih 300 stesen pengecasan di seluruh negara.
Untuk melihat semua pilihan EV GoCar Sub Electric, sila layari laman web GoCar Subs Electric garage https://www.gocarsubs.com/ourgarage.php?category=Electric
- BACA: GOCAR GARAGE KINI DI IPOH DAN NEGERI SEMBILAN. NIKMATI PENJIMATAN DENGAN KOD PROMO “CUBALAH50”
- BACA: GOCAR JALIN KERJASAMA DENGAN EV CONNECTION. KEMBANGKAN AKSES KE ATAS STESEN PENGECAS EV
- BACA: GOCAR GARAGE DIKEMBANGKAN KE SELURUH SEMENANJUNG. DISKAUN 50% UNTUK TEMPOH TERHAD
- BACA: SERVIS KERETA DENGAN GOCAR GARAGE. MUDAH, TIADA CAJ TERSEMBUNYI