MITSUBISHI TRITON AT PREMIUM 2024 DIPERKENALKAN, TAMPIL LEBIH SPORTY, JANA 178HP, HARGA BERMULA RM135K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan Mitsubishi Triton AT Premium yang dinaik taraf, dijual pada harga bermula RM135,900.
Tampil dengan elemen sporty, ia dipadankan bersama bampar depan lebih menarik, gerbang roda berwarna hitam, sports bar, visor dan set pelekat eksklusif.
Perincian menarik lain termasuklah diserlahkan dengan rim 18-inci, dibalut tayar Yokohama Geolander AT G015 dan didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu White Diamond.
Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi plat ambang pintu bercahaya, rekaan perehat kepala baharu dan semua aksesori ini dipasang oleh pengedar sah MMM.
Dari segi kuasa, ia masih dikuasakan oleh nadi diesel turbo MIVEC 2.4 liter, berupaya menghasilkan 178hp dan 430Nm, dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Timing (VVT).
Bagi ciri keselamatan, ia disertakan bersama ciri-ciri seperti berikut:
- ABS
- EBD
- Brake Assist
- Active Stability Control
- Traction Control
- Rest Reminder
- Hill Start Assist
- Trailer Stability Assist
Seperti dinyatakan diatas, Triton AT Premium yang dinaik taraf ini boleh dimiliki pada harga bermula dari RM135,900.
Selain itu, MMM turut mengadakan siri jelajah ‘Roar of a Champion’ bermula 27 Januari ini di lokasi-lokasi:
No. | Tarikh | Pusat Pameran | Alamat |
1 | 27 January | Lajina Motors Sdn Bhd (Kuala Terengganu) | Lot 22049, Banggol Beruas, Mukim Kuala Nerus, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
2 | 3 February | Okuan Motors Sdn Bhd (Kuantan) | Lot 2104, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang |
3 | 4 February | Auto Raya Timur Sdn Bhd (Temerloh) | Lot 9301 & 9297, Batu Tiga, Jalan Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang |
4 | 17 February | EON Auto Mart Sdn Bhd (Johor Bahru) | No. 197-A, Jalan Skudai Kiri, Batu 4 1/2, Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor |
5 | 18 February | MM Supreme Sdn Bhd (Johor Bahru) | 4C, PLO 136, Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, 81100 Johor Bahru, Johor |
6 | 24 February | Sing Kwung Jidosha Sdn Bhd (Melaka) | No. 2B, Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, 75250 Malacca |
7 | 25 February | Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd (Nilai) | Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan |
Tambahan, pengunjung juga berpeluang melihat lebih dekat replika Triton yang menjuarai kejohanan Asia Cross Country Rally 2022.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang menempah kenderaan Mitsubishi akan mendapat hadiah eksklusif berupa bag Thous Winds.
GALERI:
- BACA: MITSUBISHI MALAYSIA CATAT JUALAN 24,315 UNIT TAHUN KEWANGAN APR 2022-MAC 2023. PALING TINGGI DALAM SEJARAH
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S DI NILAI
- BACA: MITSUBISHI PAJERO DIKATAKAN AKAN MUNCUL KEMBALI PADA TAHUN 2027 – BETUL KE NI?
- BACA: MITSUBISHI LANCER EVOLUTION VI RS TOMMI MAKINEN MONTE CARLO EDITION – EVO PALING RARE DI ATAS MUKA BUMI