GOCAR TAWAR PERKHIDMATAN GOVALET SECARA PERCUMA – AMBIL DAN PULANG KERETA PELANGGAN SETELAH SERVIS
Memudahkan pelanggan menyelenggara kenderaan, GoCar Malaysia kini menawarkan perkhidmatan mengambil dan pulang GoValet secara percuma bermula sekarang hingga 31 Oktober 2023.
GoValet merupakan perkhidmatan dari pintu ke pintu yang akan mengambil serta memulangkan kereta telah diservis kepada pelanggan dalam jarak sehingga 40km.
Untuk makluman, perkhidmatan GoValet boleh didapati di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Sepanjang tempoh kempen, perkhidmatan GoValet adalah percuma untuk jarak 10km pertama dan lebih penting, ia melibatkan semua kerja-kerja penyelenggaraan dengan pakej penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz serta Rubia.
Perincian pakej serta harga ditawarkan adalah seperti berikut:
- TotalEnergies Quartz Semi-synthetic 10W-40 oil – (RM198)
- TotalEnergies Quartz Fully-synthetic 5W-40 oil – (RM328)
- TotalEnergies Rubia Semi-synthetic 10W-40 oil (enjin diesel) – (RM198)
Setiap pakej servis minyak ini merangkumi empat liter minyak pelincir, satu penapis minyak, satu pembersih drain plug dan kos buruh. Sementara, tambahan minyak enjin boleh didapati dengan caj berasingan.
Menerusi aplikasi GoCar, pelanggan boleh mengetahui lokasi rakan bengkel GoCar Garage yang mengambil bahagian dalam kempen servis penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia.
GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menjadual dan menempah temu janji servis, melihat perincian kerja-kerja dibuat serta melengkapkan pembayaran dengan mudah.
Lebih penting lagi, pelanggan tidak perlu bimbang kerana tidak ada kos atau caj tersembunyi.
Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage dan menempah temu janii servis, download aplikasi mudah alih GoCar atau layari laman web GoCar Garage website https://gocargarage.my/.
Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, layari laman web https://new.gocar.my/ atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok GoCar Malaysia.
- BACA: GOCAR SUBS ELECTRIC TAMBAH MODEL EV BAHARU – PELAN LANGGANAN BERMULA RM120 SEHARI
- BACA: GOCAR GARAGE KINI DI IPOH DAN NEGERI SEMBILAN. NIKMATI PENJIMATAN DENGAN KOD PROMO “CUBALAH50”
- BACA: GOCAR JALIN KERJASAMA DENGAN EV CONNECTION. KEMBANGKAN AKSES KE ATAS STESEN PENGECAS EV
- BACA: SERVIS KERETA DENGAN GOCAR GARAGE. MUDAH, TIADA CAJ TERSEMBUNYI