Buletin

GOODYEAR ASSURANCE COMFORTTRED KINI DI MALAYSIA. PILIHAN SAIZ 16-19 INCI, BERMULA RM420 SEUNIT

Goodyear Malaysia hari ini melancarkan Assurance ComfortTred, satu produk di bawah portfolio Assurance yang direka khas untuk kenderaan mewah. 

Menampilkan gabungan teknologi canggih serta corak bunga yang sofistikated, rekaan berfokuskan pengguna Assurance ComfortTred memberikan pengalaman pemanduan yang premium dan membawakan tahap ketenangan baharu tanpa batas. 

Tayar hadir dalam saiz 16 hingga 19 inci dan ditawarkan pada harga bermula RM420 hingga RM860 seunit.

Menggunakan Teknologi ANX™, Assurance ComfortTred membawakan pengalaman memandu yang lebih senyap di jalan raya.

Direka dengan lapisan tambahan untuk pembatalan bunyi dan getaran yang dibina menggunakan kompaun termaju Goodyear, tayar tersebut mempunyai penebat kukuh yang menghalang bunyi golekan. 

Rekaan corak tertutupnya juga membantu mengurangkan bunyi pengepaman udara. Manakala bilangan blok bunga kecilnya yang tinggi menghasilkan daya impak yang lebih rendah, seterusnya meningkatkan prestasi pengurangan bunyi. 

Selain daripada pemanduan yang selesa dan senyap, Assurance ComfortTred juga memastikan keselamatan dari mula sehingga akhir pemanduan dari segi cengkaman jalan basah serta jarak brek yang lebih pendek. 

Kompaun bunga tayar generasi baharu ini menampilkan jumlah silika dan resin yang tinggi untuk cengkaman tambahan yang menyediakan peningkatan modulasi kepada permukaan jalan, seterusnya memberikan sentuhan jalan dan pemindahan air yang lebih baik.

Tayar Assurance ComfortTred Goodyear kini tersedia di Goodyear Autocare dan kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian. 

Bermula 25 November 2022, Goodyear akan mengadakan promosi pelancaran sempena pelancaran Assurance ComfortTred. 200 pelanggan yang membeli 4 unit tayar Assurance ComfortTred berpeluang untuk membawa pulang sebuah fon kepala JBL, selagi stok masih ada. 

Ikuti 4 langkah mudah ini untuk mengambil bahagian:

  • Langkah 1: Beli 4 biji Assurance ComfortTred
  • Langkah 2: Daftarkan tayar anda untuk Jaminan Waranti Worry Free Assurance (WFA)
  • Langkah 3: WhatsApp butiran peribadi, resit, serta tangkap layar WFA kepada Goodyear di +6012 998 8410
  • Langkah 4: Jadi antara 200 pelanggan yang layak dan dapatkan fon kepala JBL!

Maklumat lanjut, layari laman web Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my

GALERI

Google ads
Back to top button