Buletin

GOODYEAR UMUM PROMOSI ‘DRIVE TOWARDS PROSPERITY’ – TERIMA KREDIT E-WALLET TOUCH N’GO BERJUMLAH SEHINGGA RM50

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, Goodyear Malaysia hari ini mengumumkan promosi terbaharu mereka ‘Drive Towards Prosperity’.

Bermula hari ini hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli 2 unit tayar pengguna berukuran 16-inci dan ke atas akan menerima kredit e-Wallet Touch ‘n Go berjumlah RM20.

Sementara, pelanggan yang membeli 4 unit tayar pengguna berukuran 16-inci dan ke atas akan menerima kredit e-Wallet Touch ‘n Go berjumlah RM50.

Promosi ini mencerminkan komitmen Goodyear untuk meningkatkan pengalaman pemanduan sambil memastikan keselamatan serta keyakinan kepada pemandu.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1: Beli sama ada dua atau empat biji tayar pengguna Goodyear berukuran 16-inci dan ke atas dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau Kedai Rasmi Goodyear Malaysia di Lazada, Shopee atau baucar Goodyear Grab (SNPL).

Langkah 2: Daftarkan tayar anda untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres.

Langkah 3: Terima mesej WhatsApp daripada nombor Goodyear Malaysia (012-998 8410) untuk tujuan pengesahan serta pembayaran balik Touch ‘n Go.

Langkah 4: Terima kredit Touch ‘n Go eWallet anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penyerahan berjaya.

Dengan pembelian mana-mana tayar pengguna Goodyear, pelanggan berhak mendapat Waranti Worry Free Assurance (WFA).

Waranti komprehensif ini menawarkan 1 tahun jaminan road hazard untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar akibat kerosakan atau keadaan jalan raya.

Pelanggan juga akan mendapat pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma sebanyak dua kali untuk keyakinan dan ketenangan minda waktu memandu, serta jaminan 5 tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari halaman Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my.

Google ads
Back to top button