Buletin

GOODYEAR WRANGLER TRIPLEMAX UNTUK SUV SAIZ SEDERHANA

Goodyear hari ini melancarkan tayar berprestasinya yang terkini, Goodyear Wrangler TripleMax di Malaysia. Direka untuk SUV saiz sederhana, Wrangler TripleMax hadir dalam saiz 16 hingga 18 inci, tayar ini boleh anda miliki pada harga bermula RM443 hingga RM675 seunit.

Tawaran itu dibuat berikutan pertumbuhan segmen SUV saiz sederhana yang kian berkembang dan dijangka mengalami kadar pertumbuhan tahunan lebih 12 peratus dari tahun 2012 hingga 2020. Buktinya, jualan SUV di Malaysia meningkat sebanyak 39% pada tahun ini sehingga Jun 2016.

Goodyear-Wrangler-TripleMax-mekanika (2)

Goodyear membangunkan tayar Wrangler TripleMax menerusi HYDROGRIP Technology® yang telah ditambah baik. Dengan reka bentuk tayar bunga yang inovatif dan kompaun cengkaman lebih baik, ia mampu menawarkan prestasi jarak membrek di atas jalan basah yang lebih pendek.

“Keadan cuaca yang sukar dijangka dan kondisi jalan raya di Malaysia memerlukan tayar yang terbaik. Jadi, Wrangler TripleMax memenuhi janji Goodyear untuk menawarkan perjalanan yang lebih selamat serta menyeronokkan buat pemandu dan keluarga mereka,” kata Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Ben Hoge.

Goodyear-Wrangler-TripleMax-mekanika (3)

HYDROGRIP Technology® menampilkan pelbagai ciri yang menawarkan prestasi membrek luar biasa, terutama di atas jalan basah. Reka bentuk bunga dan kaviti pada Wrangler TripleMax baharu dengan permukaan hubungan dengan permukaan jalan yang luas memastikan keupayaan membrek lebih baik pada bucu cengkaman dan elemen-elemen blok yang besar.

Goodyear-Wrangler-TripleMax-mekanika (5)

HYDROGRIP Technology® menggabungkan tiga elemen ini: 

  1. Prestasi Membrek yang Luar Biasa: HydroGrip Technology yang digunakan pada Wrangler TripleMax, diperbuat daripada blok-blok yang besar dan jumlah bucu cengkaman yang banyak untuk meningkatkan tahap hubungan dengan permukaan jalan raya. Ia menawarkan prestasi membrek dan cengkaman lebih baik pada permukaan jalan basah dan kering.
  1. Prestasi di Jalan Basah: HydroGrip Technology yang digunakan pada Wrangler TripleMax diperbuat daripada kompaun ESBR yang telah dipertingkatkan. Ini bagi menawarkan prestasi yang lebih versatil. Pada masa yang sama menambah baik prestasi membrek dan cengkaman pada permukaan jalan basah dan kering.
  1. Road Hazard Resistant: Tayar Wrangler TripleMax direka dengan pelindung bebibir rim, ia dilengkapi dengan lebih banyak material pada dinding sisi untuk melindungi rim dan tayar daripada bahaya di atas jalan raya.

Goodyear-Wrangler-TripleMax-mekanika (7)

Kebolehdapatan dan Saiz

Bagi pasaran Malaysia, Goodyear Malaysia menawarkan saiz tayar 16″, 17″ dan 18”. Saiz-saiz berikut akan ditambah dalam rangkaian tayar sedia ada tidak lagi.

Pengguna kini boleh membeli tayar Wrangler TripleMax di cawangan Goodyear Autocare dan Servitekar, serta para pengedar sah Goodyear di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Goodyear Wrangler TripleMax, serta tayar-tayar Goodyear yang lain, sila layari laman web rasmi Goodyear Malaysia – http://www.goodyear.com.my/, atau ikuti kami di laman Facebook Goodyear Malaysia – https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia .

 

Google ads
Back to top button