Buletin

BYD BAKAL KELUARKAN JAM TANGAN PINTAR, BERFUNGSI SEBAGAI KUNCI KERETA

Pengeluar EV China, BYD bakal mengeluarkan jam tangan pintar baharu yang bakal dilancarkan seawal April 2023.

Jam tangan pintar itu menampilkan reka bentuk dail bulat, berbeza daripada dail empat segi yang dilihat dalam paten sebelumnya. Reka bentuk tersebut selaras dengan kebanyakan jam tangan pintar di pasaran.

Melalui imej yang disiarkan, ia mempunyai butang kuasa pada sudut kiri bawah, butang buka kunci di bahagian kanan atas, manakala butang kunci berada di sebelah kanan bawah.

Perincian lain termasuklah skrin jenis sapphire beresolusi 360×360, menyokong ketersambungan telefon pintar Android 4.4 dan iOS 7.1 ke atas, selain dilengkapi penderia denyutan jantung.

Terdapat beberapa juga ciri-ciri penting lain seperti pencucuhan, penguncian pintar, menaikkan atau menurunkan tingkap dan membuka pintu belakang.  Senang cerita, jam tangan BYD baharu berfungsi seperti kunci kereta.  

Turut dimuatkan ialah pelbagai fungsi lain seperti pengiraan langkah, pemantauan kadar jantung dan tidur.

Namun, sehingga kini BYD masih belum mendedahkan harga jam tangan pintar baharu mereka.

Google ads
Back to top button