Artikel PilihanBuletin

GUNA SEEKOR GAJAH UNTUK MATERIAL TEMPAT DUDUK, CARLEX DESIGN DIKECAM HEBAT

Tindakan sebuah syarikat talaan kenderaan, Carlex Design menggunakan kulit gajah untuk membalut tempat duduk Dodge Challenger SRT Hellcat berkuasa 707hp mendapat kecaman hebat netizen.

Carlex-Design-elephant-skin-mekanika (2)

Carlex Design dikatakan telah menggunakan kulit seekor gajah untuk tujuan tersebut. Memandangkan gajah antara spesis haiwan yang terancam, maka tindakan itu sememangnya tidak boleh diterima.

Namun, syarikat itu mendakwa bahawa ia telah mematuhi semua undang-undang antarabangsa yang ditetapkan dalam mendapatkan material tersebut.

Carlex-Design-elephant-skin-mekanika (3)

“Sebagai sebuah syarikat yang menentang keras aktiviti pemburuan haram, kami berusaha untuk memastikan kulit itu diambil daripada gajah yang mati secara semula jadi.

“Kami tidak sangka keputusan menggunakan kulit gajah ini menimbulkan begitu banyak emosi negatif. Justeru, kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan atas tindakan ini.

Carlex-Design-elephant-skin-mekanika (6)

“Carlex Design juga berjanji tidak akan menggunakan kulit spesis haiwan terancam pada masa depan. Tidak kira dari mana asalnya,” jelas Carlex Design dalam satu kenyataan rasmi.

Carlex Design kemudian telah memadamkan pilihan “Kulit Gajah” daripada program talaan SRT Hellcat. Tetapi gambar yang menunjukkan kulit gajah membalut tempat duduk masih ada.

Carlex-Design-elephant-skin-mekanika (1)

Sehingga kini, pihak berkuasa di seluruh dunia, terutama di Namibia da Afrika Selatan gagal mengekang jenayah pemburuan haram haiwan terancam. Permintaan tinggi terhadap produk-produk itu membuatkan jagah, singa, kerbau, harimau bintang dan badak sumbu terus diburu serta diancam kepupusan.

sumber: autoevolution 

Google ads
Back to top button