Motosikal

BMW MOTORRAD BAKAL HASILKAN MOTOSIKAL DENGAN KERANGKA GENTIAN KARBON

BMW Motorrad merancang untuk membina motosikal dengan menggunakan kerangka gentian karbon. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana walaupun pertama kali menghasilkan superbike S100RR, ia menjadi antara yang terbaik dalam industri.

S1000RR memiliki edisi khas yang dikenali dengan nama HP4. Menggunakan banyak bahagian motosikal dengan gentian karbon, ia dilihat sebagai motosikal mewah, padahal bila dijual harganya sangat munasabah.

bmw motor carbon (2)

BMW bukanlah nama baru dalam menginventasi bahan ini untuk produk massa mereka. i3 dari divisyen 4 rodanya membuktikan bahan ini boleh dihasilkan secar besar-besaran dengan kos yang efektif. Seperti yang diketahui karbon memiliki kekuatan lebih bagus dari aluminium dan tensile besi biasa malah kelebihannya ialah ringan.

Motosikal premium hari ini kebanyakannya dibina dengan menggunakan bahan aluminium yang diperkuatkan. Jika gantian karbon ini jadi kenyataan, berat keseluruhan kenderaan dapat dikurangkan sehingga 40 peratus.

Dipercayai, BMW akan menggunakan platform S100RR, yang ketika ini menggunakan kerangka “beam”. Dari sini, platform dapat dibuat dengan seksyen petak yang dilekatkan bersama mengikut kekuatan sokongan. Kaedah seterusnya mungkin menghasilkan gentian karbon dengan rekabentuk tiub supaya dapat menghasilkan casis dari model-model yang menggunakan kerangka jenis trellis.

Jika ia benar-benar jadi kenyataan, BMW bakal mengubah cara motosikal dibina. Berat kerangka yang menjadi “musuh” jurutera akan dapat diselesaikan. Fokus mungkin lebih terarah menjadikan ia dinamik dan pentingnya mampu dihasilkan dengan kos efektif. Suzuki baru lancarkan motosikal edisi karbon GSX-S1000, justeru, menghasilkan model dengan kerangka lengkap karbon pastinya sudah lebih dekat.

 

Google ads
Back to top button