Buletin

GWM HAVAL H6 HEV CKD LANCAR OKTOBER INI – ANGGARAN HARGA BAWAH RM145K

Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini mengumumkan unit ‘Complete Knock-Down’ (CKD) pertama GWM HAVAL H6 HEV telah berjaya dihasilkan daripada barisan pemasangan di kilang CKD baharu, EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Melaka.

Bakal dilancarkan bulan Oktober ini, GWM HAVAL H6 HEV adalah model keempat yang dilancarkan oleh GWM Malaysia selepas ORA GOOD CAT, ORA 07 dan GWM TANK 300.

Selain itu, ia juga merupakan model pertama yang menerima pemasangan tempatan, menandakan pencapaian signifikan dalam strategi jangka panjang jenama GWM

Dalam fasa awal pengeluaran di kilang CKD baharu GWM, GWM Malaysia menyasarkan kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 unit setiap tahun.

Fasa kedua pula bermatlamat untuk mencapai sasaran sehingga 300,000 unit.

Haval H6 hibrid dibina berdasarkan platform LEMON dan mempunyai dimensi panjang 4,623mm, lebar 1,886mm, tinggi 1,730mm dengan jarak roda 2,738mm.

Di bahagian dalam, Haval H6 HEV mendapat kemasan upholsteri kulit pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng selain, pelarasan tempat duduk elektrik 8-hala untuk pemandu.

Perincian lain termasuklah kluster instrumen digital 10.25-inci, sistem infotainmen skrin sentuh 12.3-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi kuasa, Haval H6 HEV dijana oleh enjin turbo 1.5 liter empat silinder dengan sokongan sistem hibrid, menghasilkan 145hp dan tork maksimum 230Nm, sementara kuasa gabungan motor elektrik berupaya menghamburkan kuasa 239hp dan tork 530Nm.

Haval H6 HEV dibekalkan ciri keselamatan aktif dan pasif, termasuk 6 beg udara, kawalan kestabilan elektronik, bantuan menuruni bukit dan bantuan permulaan bukit serta kamera 360 darjah.

Ciri ADAS moden seperti brek kecemasan automatik, amaran perlanggaran ke hadapan, kawalan pelayaran adaptif, amaran berlepas lorong dan bantuan terus lorong didatangkan sebagai standard.

GWM Malaysia akan melancarkan model baharu ini dengan anggaran harga jualan di bawah RM145,000 dan kini juga dibuka untuk tempahan.

Tawaran hebat dan istimewa menanti para pelanggan yang menempah GWM HAVAL H6 HEV sebelum pelancaran rasmi, termasuk:

  • Nikmati nilai eksklusif RM 3,000 apabila membayar yuran tempahan RM 1,000*
  • Keistimewaan untuk waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km** (mana yang terdahulu)
  • Layak untuk menerima waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km** (mana yang terdahulu), termasuk ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), Bateri Voltan Tinggi dan Kabel, serta Unit Kawalan Transmisi.
Google ads
Back to top button