TEMPAHAN GWM HAVAL H6 HEV KINI DIBUKA – ANGGARAN HARGA RM145K
GWM Malaysia hari ini secara mengumumkan model SUV elektrik hibrid, GWM HAVAL H6 HEV kini dibuka untuk tempahan, dengan anggaran harga bermula RM145,000 (OTR) tanpa insurans.
Model baharu ini bakal menawarkan pilihan yang lebih mewah untuk kenderaan dalam kategori SUV segmen-C kepada para pengguna.
Ganjaran hebat dan istimewa menanti para pelanggan yang menempah GWM HAVAL H6 HEV sebelum pelancaran rasmi, antaranya:
- Dapatkan nilai eksklusif RM 3,000 dengan yuran tempahan RM 1,000*
- Keistimewaan untuk menikmati waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km** (mana-mana yang terdahulu)
- Layak untuk menerima waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km** (mana-mana yang terdahulu), termasuk ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), Bateri Voltan Tinggi dan Kabel, serta Unit Kawalan Transmisi.
**Terhad kepada pemilik pertama dengan pendaftaran persendirian sahaja.
Sebagai kenderaan pemasangan tempatan (CKD) pertama daripada GWM Malaysia, SUV ini diyakini mampu menjadi SUV segmen-C berorientasikan keluarga yang sesuai dengan pengguna di Malaysia.
Haval H6 hibrid dibina berdasarkan platform LEMON dan mempunyai dimensi panjang 4,623mm, lebar 1,886mm, tinggi 1,730mm dengan jarak roda 2,738mm.
Di bahagian dalam, Haval H6 HEV mendapat kemasan upholsteri kulit pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng selain, pelarasan tempat duduk elektrik 8-hala untuk pemandu.
Perincian lain termasuklah kluster instrumen digital 10.25-inci, sistem infotainmen skrin sentuh 12.3-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Dari segi kuasa, Haval H6 HEV dijana oleh enjin turbo 1.5 liter empat silinder dengan sokongan sistem hibrid, menghasilkan 145hp dan tork maksimum 230Nm, sementara kuasa gabungan motor elektrik berupaya menghamburkan kuasa 239hp dan tork 530Nm.
Haval H6 HEV dibekalkan ciri keselamatan aktif dan pasif, termasuk 6 beg udara, kawalan kestabilan elektronik, bantuan menuruni bukit dan bantuan permulaan bukit serta kamera 360 darjah.
Ciri ADAS moden seperti brek kecemasan automatik, amaran perlanggaran ke hadapan, kawalan pelayaran adaptif, amaran berlepas lorong dan bantuan terus lorong didatangkan sebagai standard.
Sepanjang September ini, GWM Malaysia akan mengadakan lima acara ‘roadshow’ di pusat membeli-belah terpilih di serata negara untuk mempamerkan GWM HAVAL H6 HEV:
Sepanjang acara ini berlangsung, orang ramai akan berpeluang untuk meneroka reka bentuk dan ciri-ciri praktikal untuk SUV ini.
Para pembeli yang berminat boleh merebut peluang untuk menempah GWM HAVAL H6 HEV bagi menikmati segala faedah eksklusif ditawarkan semasa tempoh pra-pelancaran.
Layari https://www.gwm.com.my/ hari ini untuk mengetahui pengedar sah GWM yang berdekatan dengan anda.