Buletin

GWM ORA GOOD CAT RAIH DUA ANUGERAH DARIPADA GREEN NCAP

GWM ORA GOOD CAT baru-baru ini menerima anugerah tertinggi daripada Green NCAP, sebuah inisiatif ujian bebas yang memberi tumpuan kepada kecekapan kereta dan kesan kepada alam sekitar.

Dengan purata markah mengagumkan iaitu sebanyak 97 peratus, ORA GOOD CAT memperoleh penarafan 5 bintang dalam penilaian hijau.

Bukan itu sahaja, model berkenaan turut dinamakan sebagai pemenang dalam kategori ‘Kereta Keluarga Kecil’ serta ‘Kereta Elektrik Penuh’.

Anugerah-anugerah ini berdasarkan pelbagai faktor termasuk pelepasan ekzos, kecekapan penggunaan tenaga, dan jumlah pelepasan gas rumah hijau secara keseluruhan.

Selain itu, ORA GOOD CAT juga diiktiraf menerusi anugerah ‘Pilihan Hijau’ pada tahun 2023.

Pengurus Teknikal Green NCAP, Dr. Aleksandar Damyanov, menekankan kepentingan tanggungjawab industri dalam mencapai udara lebih bersih.

Green NCAP juga memuji ORA GOOD CAT untuk kecekapan dalam pelbagai keadaan, dan mengaitkan kejayaannya dengan reka bentuk aerodinamik yang pada akhirnya memberi faedah kepada pengguna.

Pengiktirafan terbaru ORA GOOD CAT oleh institusi terkemuka Eropah menunjukkan masa depan yang menjanjikan bagi GWM.

Pada tahun 2024, GWM sedia meneruskan kejayaannya dalam pasaran global selain, merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model dan perkhidmatan lebih canggih.

Google ads
Back to top button