MITSUBISHI EKSPORT XFORCE BUATAN INDONESIA KE VIETNAM
Mitsubishi Motors Corporation secara rasmi mengumumkan bahawa mereka telah memulakan penghantaran eksport untuk Mitsubishi XForce yang dikeluarkan di Indonesia.
Vietnam akan menjadi pasaran eksport pertama bagi kenderaan ini di ASEAN, dengan penghantaran secara berperingkat ke negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, diikuti oleh pasaran di Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah, serta Afrika.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors, Takao Kato berkata, “Tidak lama lagi, kami berharap untuk dapat mengeksport ke pelbagai negara.
“Harapan kami adalah dapat memberikan sumbangan lebih besar kepada ekonomi Indonesia dan pertumbuhan industri automotif Indonesia,” katanya.
Tambahnya lagi, usaha akan diteruskan untuk membina sistem pengeluaran dan bekalan yang dapat bertindak balas secara fleksibel terhadap perkembangan semasa atau permintaan baharu.
- BACA: MITSUBISHI XPANDER DAN XPANDER HEV DILANCAR DI THAI, 1.6L MIVEC HIBRID!
- BACA: MITSUBISHI SNOW SHREDDER CONCEPT, PIKAP UNTUK KAWASAN BERSALJI!
- BACA: MITSUBISHI TRITON AT PREMIUM 2024 DIPERKENALKAN, TAMPIL LEBIH SPORTY, JANA 178HP, HARGA BERMULA RM135K
- BACA: MITSUBISHI PAJERO DIKATAKAN AKAN MUNCUL KEMBALI PADA TAHUN 2027 – BETUL KE NI?