Buletin

HACHIGO PRESIDEN & CEO BAHARU HONDA MOTOR CO.

Honda Motor Co., Ltd. (Honda Motor) semalam mengumumkan bahawa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Takanobu Ito akan digantikan dengan Pegawai Pengurusan Kanan Honda Motor, Takahiro Hachigo.

Honda-motor-CEO-mekanika (1)

Peralihan itu akan berkuat kuasa mulai Jun 2015. Ito bagaimanapun tetap menjadi salah seorang lembaga pengarah dan bakal dilantik sebagai penasihat Honda Motor.

Keputusan itu dikatakan dibuat berikutan krisis beg udara Takata yang menyebabkan jutaan model Honda dipanggil semula. Kemerosotan jualan dan keuntungan yang dialami oleh Honda Motor juga didakwa menjadi punca pelantikan Hachigo.

Honda-motor-CEO-mekanika (3)

Hachigo yang merupakan seorang jurutera menyertai Honda pada tahun 1982. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang R&D chasis kenderaan serta pernah bertugas di pasaran-pasaran penting seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan China.

Hachigo bertanggungjawab membangunkan minivan Odyssey generasi pertama untuk pasaran. Selain menjadi individu penting dalam menghasilkan CR-V generasi kedua yang mendapat sambutan hangat di seluuh dunia pada tahun 2001.

Honda-motor-CEO-mekanika (2)

Ito yang menyertai Honda pada tahun 1978 pula mula memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor pada tahun 2009.

*Kredit foto: AP

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button