Advertisements
Buletin

HAIER PERKENALKAN SIRI BAHARU PERKAKAS RUMAH BERTEKNOLOGI TINGGI

Syarikat pengeluar barangan kelengkapan elektrik, Haier Malaysia memperkenalkan beberapa siri baharu perkakas rumah berteknologi tinggi untuk para pelanggan disini bermula suku pertama tahun depan.

Antara barangan baharu diperkenalkan adalah seperti pendingin hawa, peti sejuk dan beku, mesin basuh, televisyen, pemanas air serta perkakas dapur.

Menurutnya, penyaman udara siri UV Cool Premium (VXA) dan UV Cool Smart (VRA) yang baharu mempunyai kemudahan wifi membolehkan pengguna mengubah suai suhu dan tetapan pilihan daripada mana-mana sahaja melalui aplikasi Haismart.

Ia mempunyai teknologi pensterilan ultraviolet (UVC) yang menyamankan udara, menghalang pembawaan bakteria dan virus udara serta menggalakkan kehidupan lebih sihat.

Selain itu, produk ini telah menerima penarafan Texcell pada kadar kecekapan 99.991 peratus dalam menyingkirkan virus SARS-CoV-2.

Ciri kemudahan yang sama ini turut digabungkan ke dalam penyaman udara komersial ringan Haier untuk kegunaan pejabat.

Tambahan, mesin basuh dan peti sejuk empat pintu terbaharu turut menggabungkan aplikasi Haismart untuk memudahkan kehidupan pengguna dengan menyambungkannya ke rangkaian WIFI.

Bukan itu sahaja, turut ditawarkan ialah penyejuk wain pertama, di mana ia menampilkan teknologi sistem aliran udara semula jadi untuk mengekalkan suhu yang konsisten dan kelembapan dengan lebih baik.

Hud dan dapur gas pula dilengkapi reka bentuk bionik besar membolehkan aliran udara lebih kuat serta tidak tersekat sambil mengekalkannya dalam mod senyap.

Ia mempunyai tetapan iaitu secara automatik akan mematikan bekalan gas sebaik pemasa tamat untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan berbahaya.

Pengarah Urusannya, Fan Jing berkata, syarikat itu menyasarkan kenaikan jualan sebanyak 45 peratus terhadap barangan terlibat.

“Menerusi rekaan produk inovatif, kami bermatlamat dalam menyediakan keselesaan dan kemudahan yang tiada bandingannya.

“Kami mendedikasikan kajian dan ujian yang ketat untuk membangunkan produk-produk bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna moden hari ini.”

Pada majlis berkenaan, pasangan beregu badminton Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga menandatangani persetujuan menyambung kerjasama dengan Haier Malaysia sebagai duta jenama itu pada tahun depan.

Google ads
Back to top button