Buletin

HANYA 41% PEMANDU GRAB MILIKI PSV. 22% LAGI GANTUNG KUNCI!

Seperti yang diketahui ramai, penguatkuasaan undang-undang e-hailing akan bermula pada 12 Oktober 2019. Walaupun telah diumumkan pada tahun lepas, proses permohonan untuk lesen PSV hanya bermula pada bulan April tahun ini. Ini sudah tentu merupakan tugas penting bagi agensi-agensi kerajaan dan komuniti pemandu, yang melalui proses kawal selia yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Sejak proses kawal selia bermula, Grab telah mensasarkan sekurang-kurangnya 150,000 pemandu-pemandu mereka memiliki PSV. Setakat ini, 41% pemandu Grab telah mempunyai lesen PSV, manakala, 24% masih menunggu, sama ada untuk keputusan peperiksaan atau untuk satu slot ujian PSV.

Selain itu, 22% pemandu tidak meneruskan proses memohon PSV. Menurut mereka, ini kerana pelbagai sebab termasuk masa dan kos yang diperlukan untuk menjalani proses tersebut.

Dalam masa yang sama, Grab mengalu-alukan pengumuman Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke hari ini bagi menjelaskan keperluan tambahan oleh JPJ yang telah diedarkan melalui memo pada Jumaat yang lalu.

Beliau mengumumkan bahawa tidak wajib bagi pemandu untuk mencetak salinan permit kenderaan e-hailing (EVP) dan pemandu tidak perlu hadir ke JPJ untuk menukar kod kenderaan mereka.

Sebaliknya, pendaftaran kenderaan untuk e-hailing tidak akan disenaraikan dalam geran kenderaan. Bagi pihak komuniti pula mereka  menghargai usaha menteri untuk mengurangkan beban komuniti pemandu.

Grab akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ, APAD dan PUSPAKOM untuk membantu seberapa banyak pemandu yang mungkin, terutamanya pemandu yang bergantung kepada e-hailing untuk pendapatan isi-rumah.

Setiap hari, pemandu e-hailing memberi berkhidmat sekitar 1 juta tempahan perjalanan. Rata-rata penumpang boleh menaiki kenderaan e-hailing dalam masa 6 minit. Malangnya, ini mungkin berubah selepas 12 Oktober.

Dengan rakan-pemandu yang berkurangan di jalan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pengguna akan menunggu lebih lama, terutamanya semasa waktu puncak dan ketika hari hujan.

Kurang tiga hari lagi penguatkuasaan PSV akan dilaksanakan dan Grab menasihatkan penumpang untuk merancang perjalanan anda dalam tempoh ini:

⦁ Tempah lebih awal daripada biasa: Tempah perjalanan anda lebih awal dan bersedia apabila pemandu tiba, terutamanya jika anda mempunyai penerbangan atau perlu menghadiri mesyuarat penting. Tolong jangan batalkan perjalanan jika anda berjaya mendapatkannya walaupun masa menunggu mungkin kelihatan luar biasa lamanya
⦁ Tempah di luar waktu puncak: Menaiki perjalanan jauh lebih mudah di luar waktu puncak 7-9 pagi dan 5-8 malam

Grab juga berharap bahawa ketidakseimbangan dalam permintaan dan pemandu ini hanya sementara .

Tags
Google ads
Back to top button