
HARGA PORSCHE CAYENNE DIUMUMKAN
Pengimport rasmi kenderaan jenama Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini melancarkan dan mengumumkan harga model SUV Porsche Cayenne.
Cayenne yang disifatkan sebagai kereta sports dalam kalangan SUV itu memiliki rekaan lebih menarik, efisien dan dipasang dengan pelbagai ciri baru.
Harga Cayenne adalah seperti berikut:
· Cayenne V6 bermula dari RM640,000
· Cayenne Diesel bermula dari RM640,000
· Cayenne S bermula dari RM760,000
· Cayenne S bermula dari RM770,000
· Cayenne S Diesel bermula dari RM780,000
· Cayenne GTS bermula dari RM900,000
· Cayenne Turbo bermula dari RM1,150,000
Harus tahu bahawa Cayenne kini lebih berprestasi tanpa berkompromi dengan aspek penjimatan bahan api. Ciri-ciri seperti Stop/Start automatik dan pengurusan suhu yang digunakan membolehkan bahan api dijimatkan di antara 0.7 l/100km sehingga 9.2 l/100km berbanding model sebelumnya.
Semua varian enjin telah dinaik taraf demi menawarkan pemanduan yang lebih mengujakan kepada pemandunya. Sebagai contoh, enjin aspirasi biasa 3.6 liter V6 kini mampu menjana kuasa sehingga 300hp, memecut dari 0 hingga 100kmj dalam masa 7.7 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding sebelumnya.
Model plug-in hybrid pertama dalam segmen SUV premium, Cayenne S E-Hybrid dikatakan mampu menawarkan penggunaan bahan api mengagumkan. Model itu dilengkapi bateri berkapasiti 10.9 kWh. Gabungan motor elektrik dan enjin 3.0 liter V6 itu berupaya menawarkan penjimatan sehingga 3.4 liter bagi setiap 100km!
Semua varian ini hadir bersama jaminan kilang dan pakej penyelenggaraan percuma selama empat tahun. Harga tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.