
HARGA TESLA TERPAKAI CATAT PENURUNAN 17% – PEMILIK AWAL SUDAH TIDAK UNTUNG LAGI
Pemilik Tesla baharu yang berniat untuk menjual kereta Tesla milik mereka mungkin terpaksa menerima hakikat pahit apabila data baharu menunjukkan bahawa harga EV itu di Amerika Syarikat jatuh lebih cepat berbanding jenama EV yang lain.
Menurut data industri dari Edmunds, purata harga Tesla terpakai mencatatkan penurunan 17 peratus, jatuh daripada AS$67,297 (RM295,938) pada Julai kepada AS$55,754 (RM245,178) pada November. Ini jauh lebih besar berbanding penurunan keseluruhan 4 peratus dalam harga kereta terpakai untuk tempoh yang sama.
Dalam tempoh dua tahun, Tesla telah menaikkan harga kereta baharu lebih cepat berbanding pembuat kereta lain berikutan permintaan tinggi untuk EV dan kenaikan harga bahan api. Jadi, kesannya dirasai pada penjualan semula kereta Tesla.

Kesan lain yang membawa kepada penurunan harga Tesla terpakai adalah penurunan harga bahan api. Selain kenaikan kadar faedah dan peningkatan pengeluaran Tesla yang mengubah keseimbangan di antara bekalan dan permintaan.
Perkembangan tersebut membuatkan Tesla perlu menyesuaikan diri dengan piawaian baharu dengan menawarkan diskaun kereta baharu sebanyak AS$7,500 (RM32,981) untuk Model 3 dan Model Y yang ditetapkan untuk dihantar sebelum penghujung 2022.
Menurut penganalisis eksekutif, Karl Brauer, dari iSeeCars, “Anda tidak boleh menjual Tesla yang anda beli pada dua tahun lalu. Ia akan mengurangkan permintaan.”
Baru-baru ini, Tesla mempertimbangkan untuk menurunkan harga kereta baharu untuk mengekalkan permintaan yang boleh mengakibatkan margin keuntungan menjadi lebih rendah.
Musk bagaimanapun menyalahkan ‘perubahan kadar faedah radikal’ yang menjadi punca kenaikan harga untuk kereta baharu dan terpakai. Seperti laporan Reuters, saham Tesla jatuh 7.3 peratus kepada paras terendah lebih dua tahun iaitu AS$114.12 (RM502) pada dagangan awal. Secara keseluruhan, saham Tesla mencatatkan kejatuhan 65 peratus pada 2022.
- BACA: PALING BANYAK CARIAN DI GOOGLE, JENAMA TESLA DAH JADI MACAM KODAK, MAGGI
- BACA: BREK REGENERATIF MODE ONE PEDAL DRIVING TESLA MODEL Y BERMASALAH, BERISIKO TERBABAS
- BACA: PELABUR BENGANG ELON MUSK BUAT TESLA MACAM ATM PERIBADI. JUAL SAHAM RM15.8 BILION
- BACA: TESLA GIGAFACTORY BERLIN BERDEPAN MASALAH KEKURANGAN PEKERJA, GAJI TAK SETIMPAL







