
SEGALANYA TENTANG TRANSMISI 6 KELAJUAN MANUAL MAZDA MIATA MX-5 RF
Penulis mendapat peluang untuk memandu uji Mazda Miata MX-5 ataupun Roadster milik Youtuber tersohor iaitu Abam Japar. Peluang ini digunakan dengan sebaiknya dengan memandu di laluan menuju ke Tanah Tinggi Cameron bermula dari Simpang Pulai. Di laluan ini anda akan betul-betul menikmati ketepatan kejuruteraan transmisi manual 6 kelajuan yang dihasilkan oleh Mazda untuk kereta sport.
Sebagai bonus, Mazda Miata MX-5 ini adalah model enjin depan dengan pacuan tayar belakang, manakala bumbungnya pula boleh dibuka bagi memberikan anda pengalaman pemanduan yang amat mengujakan ketika melalui selekoh tajam di lalaun ini.
Tapi elemen yang terpenting pada Mazda Miata MX-5 ialah ketepatan, kejituan dan rasa mekanikal yang padat setiap kali anda menggunakan tombol gear bagi menukar gear ketika memandu. Selain daripada input dan tindakbalas yang diberikan oleh pedal (minyak, brek, dan klac) serta tindakbalas stering, rasa pertukaran dan operasi gear amat penting bagi sebuah kereta spirt
Ketika Mazda Miata Miata MX-5 (ND) masih lagi dalam konsep rekaan dan cadangan, tekanan telah mulai dirasakan pada jurutera Mazda. Matlamat mereka ialah kereta sport Mazda ini mestilah menggunakan transmisi manual yang lebih baik daripada model ketiga iaitu NC. Tanggung jawab ini jatub pada Katsuaki Nobukawa yang dipilih bagi mengetuai pembangunan transmisi manual.
Mentor kepada Nobukawa iaitu Takashi Matsugasako meninggal dunia ketika pembangunan transmisi manual ini dijalankan sebelum sempat transmisi manual ini disiapkan. Jadi tanggungjawab besar ini digalas oleh Nobukawa yang mendapati ia adalah beban tugas yang sangat berat.

“Transmisi manual MX-5 Miata ini didedikasikan kepada bos lama kami Matsugasako, yang pergi buat selama-lamanya sebelum projek ini dapat disiapkan. Matsugasako sentiasa mengingatkan kami yang peminat MX-5 di seluruh dunia menantikan model ND, ia adalah tanggungjawab kami bagi menghasilkan transmisi manual yang terbaik untuk MX-5. Dan kami berjaya menyiapkan projek ini” ujar Katsuaki Nobukawa
Antara ciri-ciri istimewa transmisi manual ini termasuklah:
1. menggunakan mekanisme synchro pelbagai jenis yang disalut dengan karbon bagi tujuan ketahanan
2. Triple Cone synchro digunakan pada gear 1 untuk mengurangkan daya diperlukan bagi menggerakkan gear 1
3. Transmisi kekal ringan pada 82kg sahaja walaupun lebih kompleks dengan pertambahan 1kg sahaja berat daripada model NC. Berat tombol gear pula hanyalah sekitar 300 gram sahaja. Ratio yang sama dikekalkan daripada model NC dengan beberapa perubahan kecil dibuat
Bagi model istimewa atau model prestasi tinggi dengan enjin 2000cc SkyActiv, ia akan dipasang dengan Super Limited Slip Differential yang dihasilkan oleh GKN Driveline dengan perumah yang lebih kompak serta sirip penyejukan udara bagi memastikan suhu operasi berada pada julat optimum. Pemasangan LSD ini memberikan pengendalian yanglebih baik pada Mazda Miata MX-5

Daripada jadual di atas ratio gear ke 6 masih lagi kekal pada 1:1 dengan syaf input dan output bersambung secara terus. Berbeza dengan model model NC, ratio gear ke 4 dibuat pada nilai 1:1 manakala gear 5 dan 6 dibuat supaya menjadi overdrive.
Salah satu sebab perubahan ini dibuat ialah Mazda Miata MX-5 adalah disasarkan untuk pelanggan di Amerika dengan kebanyakan masa pengguna menghabiskan masa di lebuhraya. Jadi ratio 1:1 adalah yang terbaik bagi penggunaan bahan api. Mazda pula ialah syarikat yang kecil, mereka tidak mempu menghasilkan pelbagai varian transmisi manual untuk pasaran yang berbeza

Transmisi manual yang digunakan oleh Miata MX-5 dijadikan sebagai penanda aras oleh jurutera Mazda dalam menghasilkan transmisi manual bagi kenderaan penumpang mereka, terutama dengan konfigurasi enjin depan dan pacuan roda depan.

