
PELABUR BENGANG ELON MUSK BUAT TESLA MACAM ATM PERIBADI. JUAL SAHAM RM15.8 BILION
Baru-baru ini, Elon Musk menjual AS$3.58 bilion (RM15.8 bilion) lagi saham Tesla yang menjadikan jumlah jualannya sejak November tahun lalu kepada hampir AS$40 bilion (RM177 bilion). Perkembangan itu nyata membuatkan pelabur tidak gembira apabila mengetahui perkara tersebut.
Penganalisis teknologi Wedbush Dan Ives mengatakan Musk menggunakan ‘anak emas’ Tesla bagi membiayai bukan sahaja kos awal AS$44 bilion (RM195 bilion) untuk membeli Twitter, malah menampung kerugian gergasi media sosial itu.
Jualan terbaru yang dilakukan oleh Musk mungkin mengejutkan pelabur setia syarikat itu, kerana CEO Tesla berkata pada bulan April bahawa dia telah selesai menjual saham.

Namun harus diingat, ini bukan kali pertama Musk berkata satu perkara tetapi melakukan yang lain. Dia pernah menjual saham Tesla bernilai AS$6.9 bilion (RM31 bilion) pada Ogos dan AS$3.95 bilion (RM17.4 bilion) lagi pada November.
Twitter dilihat bergelut untuk menjana keuntungan dan dibebani hutang yang cukup besar iaitu AS$13 bilion (RM57.4 bilion). Sebelum pengambilalihan itu, Twitter hanya mempunyai hutang AS$1.7 bilion (RM7.5 bilion), tetapi kini, ia hanya tinggal AS$1.2 bilion (RM5.3 bilion) untuk dilangsaikan dalam pembayaran faedah setiap tahun.
Ives menulis, Musk telah mencemarkan reputasi Tesla dengan pengambilalihan Twitter selain kontroversi yang melanda platform tersebut.
Saham Tesla turun lebih daripada 60 peratus tahun ini dan 17 peratus bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu turut kehilangan gelarannya sebagai orang terkaya di dunia kepada jutawan Perancis, Bernard Arnault.
Ives berkata jualan ini memberi tekanan besar kepada saham Tesla, meskipun dia percaya saham Tesla akan kembali menjadi tumpuan pelabur dalam jangka panjang selepas segala isu serta hutang melanda Twitter kembali terkawal.
- BACA: ELON MUSK BUAT HAL LAGI, BERI AMARAN KEPADA PENGIKLAN MENGHENTIKAN PENGIKLANAN DI TWITTER
- BACA: TWITTER KINI MILIK ELON MUSK. TERUS PECAT EKSEKUTIF TERTINGGI TWITTER
- BACA: ELON MUSK MARAH PEKERJA BALIK AWAL. BIASA TIDUR BAWAH MEJA
- BACA: KEMPEN RECALL UNTUK KEMASKINI PERISIAN, ELON MUSK SIFATKAN NHTSA KETINGGALAN ZAMAN







