" "
Buletin

HAVAL TAWAR PROMOSI GST SIFAR DENGAN PENJIMATAN HAMPIR RM10K!

Hampir semua syarikat automotif kini memgambil pendekatan memansuhkan kadar cukai barang dan perkhidmatan 6% (GST) lebih awal dari yang dicadangkan kerajaan.

Pemegang hak jenama kenderaan Haval di Malaysia, Go Auto turut mengambil langkah serupa dengan melancarkan promosi ““NOW or NEVER Celebrating Raya with Zero GST””

Promosi ini akan bermula sekarang hingga 30 Jun 2018 menawarkan pelanggan HAVAL yang baru dan sedia ada dengan penjimatan sehingga RM9,500. Ia termasuk rebat RM3,000, duit raya RM1,200 dan baucar petrol bernilai RM300 tambahan kepada tawaran sifar GST

Selain dari promosi semasa, Go Auto juga merancang untuk mengadakan pameran bergerak di seluruh negara sebahagian Kempen Reimagine yang sedang berlangsung di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan kemudian.

“Sejajar dengan kerajaan mengenai GST sifar, ia memberikan peluang kepada Go Auto untuk memberi tambah nilai kepada promosi semasa.

“Kami berharap untuk terus menawarkan kepada pelanggan memiliki SUV pada harga yang kompetitif untuk meraikan Aidilfitri, “kata Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato ‘SM Azli SM Nasimuddin Kamal.

 

Google ads
Back to top button