Peranti

HONOR LANCAR HONOR 10 DI MALAYSIA – RM1,699 SEUNIT

honor Malaysia hari ini memperkenalkan satu lagi model utamanya, honor 10 yang dilengkapi teknologi Semantic Segmentation, pertama dalam kelasnya.

Telefon pintar yang hadir dengan rekaan kaca dan besi aurora, honor 10 bukan sahaja memiliki prestasi terbaik, malah ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu RM1,699 seunit.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan honor 10 di Malaysia, hanya selepas seminggu dilancarkan di pasaran global. Malaysia menjadi satau satu pasaran terawal yang menerima honor 10.

“15 lapisan warna yang sering berubah pada bahagian belakang telefon pintar ini memberikan warna aurora yang mengagumkan. Ini sekali gus membuktikan usaha kami untuk memenuhi citarasa dan gaya hidup pengguna di Malaysia, tanpa berkompromi dari segi estetik, kejuruteraan dan prestasi,” kata Ketua honor Malaysia.

Dengan paparan FullView 2.0 tanpa bingkai bersaiz 5.84 inci, honor 10 padat dengan prestasi AI:

  • Chipset HiSilicon Kirin 970 bersama pemproses NPU binaan dalam untuk fungsi tambahan AI
  • Paparan True Color tanpa bingkai 19:9 dengan gamut warna seluas NTSC 96%
  • EMUI 8.1 berdasarkan kepada Android 8.1 yang membuatkan pengalaman perisian AI menjadi lebih pintar

Berita baik untuk peminat fotografi, honor 10 dilengkapi kamera 24MP + 16MP lensa berkembar yang dibantu oleh AI.

Menggunakan teknologi Semantic Segmentation, kamera belakangnya mampu mengesan pelbagai objek dalam satu imej. Ini membolehkan foto seperti dirakam secara profesional dengan satu klik.

Ciri pengecaman wajah memastikan kualiti bokeh yang tepat, walaupun mengambil foto secara beramai-ramai.

honor 10 tidak berkompromi dengan aspek keselamatan apabila mengaplikasikan alat pengesan cap jari Ultrasonic di bawah lapisan kaca. Jadi, pengguna masih boleh membuka telefon walaupun dalam keadaan jari basah atau berminyak.

Bagi memberikan prestasi terbaik sepanjang hari, honor 10 dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,400mAh. Dengan teknologi Super Charger, anda boleh mengecas separuh bateri dalam masa cuma 25 minit.

Pelancaran honor 10 turut menyaksikan honor Malaysia bekerjasama dengan Mah Sing Group.

honor 10 akan berada di pasaran Malaysia bermula 24 Mei 2018 dengan pilihan warna biru, kelabu dan hitam.

Bermula 24 hingga 31 Mei 2018, pelanggan boleh menikmati potongan harga sebanyak RM100 ketika membeli honor 10 di dalam talian tau kedai di seluruh negara.

Google ads
Back to top button