;
Artikel Pilihan

MATRA BAGHEERA – KERETA SPORTS YANG TAK BERAPA NAK SPORTS

Sebut tentang Kereta Sports, amat mudah untuk kita menyenaraikan beberapa sifat dan ciri yang patut ada sebuah kereta sukan ini. Rupanya harus tampak garang dan rendah menyembah bumi. Dua pintu merupakan markah bonus. Dah sudah tentu Kereta Sports ini seharusnya mempunyai kelajuan sepantas fitnah akhir zaman.

Di beberapa negara Eropah, mudah untuk kita menyenaraikan beberapa model Kereta Sports seperti Porsche 911 yang cukup popular sedari tahun 1960an lagi. Tapi di zaman itu juga sebenarnya telah wujud sebuah firma pembuatan kereta mengkhususkan Kereta Sports ini. Matra (Mécanique Aviation Traction) sebuah firma yang berpangkalan dari Perancis.

Diantara model Kereta Sports yang telah mereka hasilkan adalah Matra Bagheera. Mujur bukan Bagero. Projek istimewa ini adalah kerjasama sulung diantara Matra dan juga Simca, sebuah lagi firma pembuatan kereta berasal dari Perancis yang terlebih dahulu wujud semenjak dari tahun 1934 lagi.

Tujuan penghasilkan model ini adalah untuk mengisi ruang kosong terhadap penggemar Kereta Sports dengan saiz yang lebih kecil. Dan sudah tentu harganya lebih murah berbanding Kerata Sports sebenar. Dan pada tahun, hasil daripada kerjasama diantara dua firma, maka terhasillah model sulung mereka, Matra Bagheera. Sebuah Kereta Sports kompak.

Sewaktu pembinaan Matra Bagheera ini, kedua pereka daripada Simca mahukan model ini mempunyai lebih daripada dua tempat duduk. Senang nak usung member tengok wayang sama – sama katanya. Tetapi pereka daripada Matra pula berpendapat tempat duduk penumpang di belakang terlalu sempit untuk makwe – makwe Perancis. Dan akhirnya mereka bersepakat, bahawa Matra Bagheera ini cukup dengan tiga tempat duduk sahaja di bahagian hadapan. Ngam. Kalau pergi dating berdua tengok wayang malam minggu, bolehlah Syaiton Nirrojim tumpang sama.

Penampilkan rupa luaran model ini sememangnya dah kelihatan cukup Sports. Aerodinamik yang menyembah bumi. Dua pintu. Dan enjinnya yang terletak di bahagian belakang. Barulah Sport. Tapi ianya tidak menjadi berapa nak Sports apabila hanya enjin 1.2 liter dan juga 1.4 liter sahaja yang ditawarkan. Jadi usah ditanya berapa kelajuaan yang boleh dicapai. Kotak gear pun guna manual empat kelajuan sahaja.

Model ini boleh dianggap berjaya. Di awal pengeluarannya, ianya berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi Style Auto Award menewaskan beberapa model ternama seperti Lancia Stratos dan juga Ferrari Dino 308 GT4. Membuktikan kehandalan, jumlah jualannya juga boleh dibanggakan. Dianggarkan melebihi 10,000 unit berjaya dijual dalam tempoh setahun lebih setelah dilancarkan. Produksi model ini tamat pada tahun 1980. Penggantinya pula muncul selepas itu, Matra Murena. Kalau ada mood, nanti Brader Karrager menulis tentang si Murena ni.

BACA : TOYOTA DIJANGKA LANCAR 3 KERETA SPORTS TIDAK LAMA LAGI

BACA : MITSUOKA ROCK STAR – MAZDA MIATA DENGAN GAYA AMERIKA

Tags
Google ads
Back to top button