Buletin

TRAK PIKAP TESLA AKAN DIDEDAHKAN DALAM MASA 3 BULAN LAGI – MUSK

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memberitahu trak pikap pertamanya yang sudah lama ditunggu-tunggu dijangka membuat penampilan dalam masa dua hingga tiga bulan lagi. 

Laporan sebelum ini ada menyebut bahawa trak pikap itu hanya akan siap pada hujung tahun. Tetapi satu tweet daripada Musk menjelaskan bilakah pencabar Rivian R1T itu bakal muncul. 

“Kami kian hampir, tetapi magisnya terletak pada perincian terakhir. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” tweet Musk.

Sehingga kini, Tesla hanya mendedahkan satu imej teaser trak pikap tersebut. Sekali gus tidak memberikan gambaran jelas bagaimanakah rupanya kelak.

Biarpun begitu, kenyataan-kenyataan Musk sebelum ini menyatakan reka bentuknya akan sangat berbeza berbanding model-model Tesla sedia ada.

Jun lalu, imbul laporan bahawa trak pikap Tesla mungkin ditawarkan pada harga kurang $50,000 (RM206,100) dan mempunyai pengendalian seperti sebuah Porsche.

Difahamkan bahawa ia hadir dengan enam tempat duduk dan mampu mencapai jarak 645 hingga 800km sekali caj.

Google ads
Back to top button