
HENNESEY H1000 ESCALADE-V – SUPER SUV DENGAN 1005 KUASA KUDA!
Hennessey, pengeluar Supercar yang berpangkalan di Texas dan pencipta kenderaan berprestasi tinggi, telah mengeluarkan supercar versi SUV Cadillac Escalade-V dengan kuasa maksimum 1,005 HP. Super-SUV dengan pacuan semua roda serta masih lagi mempunyai tiga barisan kerusi boleh mencapai 100 km/j dalam masa 3.6 saat sahaja.
Dengan kuasa sebegitu besar oleh Super-SUV ini, ianya mampu menyebabkan model supercar yang lain seperti Lamborghini Huracan Evo memandang dengan iri hati.
Untuk mendapatkan kuasa sebegini, pasukan kejuruteraan Hennessey telah menambah hampir 50 peratus lebih kuasa (1,005 bhp) dan 35 peratus lebih tork (1195 Nm) terhadap model Escalade-V dengan menggunakan pengecas super aliran tinggi, aci sesondol Hennessey tersuai, kepala silinder port, penentukuran enjin tersuai, dan badan pendikit berprestasi tinggi antara senarai panjang peningkatan.

Sebagai sebuah Super-SUV dengan kapasiti tujuh tempat duduk yang bercirikan mewah dan mempunyai saiz yang bagak, berat keseluruhan 2812 kg namun ianya mampu memecut serupa Supercar yang lain.
Menurut John Hennesey selaku pengasas syarikat dan juga Ketua Pegawai Eksekutif, “SUV bersaiz penuh dan mewah ini tidaklah berniat untuk melawan kelajuan dengan Supercar yang ada tetapi cara H1000 Escalade-V ini mampu bersaing dengan lagenda Supercar seperti Huracan Evo adalah gila! ika ada cara yang lebih pantas dan menyeronokkan untuk memindahkan tujuh orang dalam keselesaan ini, saya masih belum menemuinya!”.

Terdapat juga aci sesondol, kepala silinder dan badan pendikit baharu, dengan injap ekzos yang dinaik taraf hingga ke belakang untuk memberikan alunan bunyi Super-SUV ini yang lebih agresif berbanding versi standard.
Beberapa kerja tingkat taraf turut diberikan seperti sistem aliran udara bertekanan tinggi, sistem tekanan bahan api dipertingkatkan dan juga penukar pemangkin aliran tinggi.

Pengeluaran sedang dijalankan di kilang Hennessey terletak di Sealy, Texas dengan semua slot binaan 2024 telah habis dijual. Gila bukan? Tempahan kini diambil untuk pengeluaran tahun 2025 dengan jaminan yang eksklusif tidak lebih daripada 100 unit bernombor siri yang dihasilkan untuk tahun model 2023, 2024 dan 2025.
Setiap kenderaan mendapat manfaat daripada ujian R&D, jalan raya dan trek Hennessey yang meluas, serta waranti terhad 3 tahun / 36,000 batu. Ianya dijual pada harga $ 152,295 (RM 653,490)
BACA : HENNESSEY VENOM 800 DILANCARKAN. SUPER TRUCK YANG NAMPAK GANAS SANGAT NI
BACA : HENNESSEY VENOM 1200 – 1204 HP, 1223 NM, 66 UNIT SAHAJA



