Artikel Pilihan

BAGAIMANA TESLA SKOR MARKAH TERTINGGI UJIAN KEMALANGAN IIHS

Tesla merupakan pendatang baru dalam dunia automotif industri yang mencabar. Namun tahun lepas Tesla Model 3 berjaya mendapat markah pematuhan ujian kemalangan yang paling tinggi oleh Insurance Institute for Highway Safety. IIHS merupakan badan bebas NGO yang dibiayai oleh syarikat insurans bagi mengkaji kereta yang paling selamat

Keputusan ini sebenarnya memberi tamparan hebat kepada otai-otai pemain industri automtif yang lama. Bagaimana sebuah syarikat setahun jagung yang fokus dalam kereta elektrik berjaya menghasilkan kereta yang paling selamat. Mari kita kaji dari aspek teknologi bagaimana Tesla Model 3 berjaya mendapat markah tertinggi.

1. Tiada enjin – Tesla model 3 ialah sebuah kereta elektrik, jadi bahagian depan kereta tidak memiliki enjin. Jurutera Tesla mengambil peluang tersebut dengan mereka bahagian depan supaya ia mampu menyerap impak hentaman sebaik mungkin. Bayangkan jurutera perlu mereka bahagian depan supaya menyerap impak kemalangan seperti span

Berdasarkan rumus di atas, jurutera Tesla perlu memastikan bahagian depan menyerap hentakan ketika kemalangan dengan lebih lama. Semakin lama hentaman berlaku, semakin kurang impak kemalangan sampai pada penumpang dan pemandu.

2. Tiada tangki bahan api – Tesla Model 3 juga tidak memiliki tangki bahan api, sebab ia kereta elektrik. Jadi jurutera tak perlu buang masa untuk mereka bahagian belakang dengan kukuh untuk menghalang tangki bahan api dari bocor ketika kemalangan. Sama seperti bahagian depan, bahagian belakang direka supaya menyerap impak kemalangan dengan maksima.

3. Kerangka Kukuh- cesi Model 3 dihasilkan dari pelbagai aloi namun struktur utama iaitu floor pan dihasilkan dengan menggunakan high strength steel. A Pillar, B Pillar dan C Pillar pula dihasilkan dengan menggunakan Ultra High Strength Steel. Bagi melindungi penumpang semua pillar direka dengan ketebalan yang maksimum.

4. Struktur tambahan – bahagian bumbung pula dipasang dengan moonroof dan juga sunroof. Bagi menyokong struktur kaca, satu lagi pillar dipasang di bahagian bumbung, sekaligus menguatkan struktur bumbung. Tesla mendakwa Model 3 boleh menampung 4 buah Model 3 di atas bumbung tanpa mengalami kerosakan.

5. Bumbung kaca – berbanding dengan bumbung aloi, Model 3 dipasang dengan kaca dengan 2 tujuan. Tujuan pertama ialah nampak bergaya dan anda boleh skodeng tahu bintang pada waktu malam. Tujuan kedua ialah dari aspek keselamatan. Berbeza dengan aloi yang kemik setempat apabila dilanggar, kaca akan retak sepenuhnya apabila dilanggar dari sisi.

Ini membenarkan ia menyerap semua impak kemalangan secara sepenuhnya dan disebabkan ia safety laminated glass, ia tidak akan jatuh berderai seperti gelas percuma anda.

6. Pusat Graviti Rendah – semua bateri akan dimuatkan dalam floor pan dan penumpang akan duduk di atas bateri, secara teori ini akan menghasilkan pusat graviti yang rendah bagi Model 3. Ujian yang dibuat oleh IIHS mendapati Model 3 sangat susah untuk roll-over. IIHS mendapati Model 3 ada 6% sahaja untuk roll over.

7. Low Polar of Moment Inertia – Model 3 direka dengan berat semua komponen berada pada nisbah 50:50 menjadikannya memiliki Low Polar of Moment Inertia. Dalam kemalangan, sebaik sahaja menerima impak pertama, Model 3 akan cuba berpusing sedikit pada pusat graviti. Ia akan cuba menukar daya yang bergerak lurus kepada bulatan.

Apabila ia berpusing selepas kemalangan, impak kemalangan akan disebarkan jauh dari penumpang dan mengambil masa yang lama sebelum sampai kepada penumpang. Ingat semakin lama masa diambil, semakin kurang impak kemalangan pada penumpang.

8. Autopilot – ia merupakan gabungan sistem radar, sensor dan juga kamera yang berfungsi untuk mengambil alih peranan pemandu. Walaupun ia tidak diaktifkan, sistem ini berfungsi untuk mengesan kemungkinan bahaya berlakunya kemalangan (likelihood).

Radar pada bahagian depan kereta ini akan menghantar gelombang ke kereta depan, dan boleh bergerak di bahagian bawah kereta depan untuk mengesan sebuah lagi kereta. Ini bermakna, ia mampu mengesan sehingga 2 buah kereta di depan dalam satu masa. Jika ia mengesan 2 kereta tersebut mungkin akan mengalami kemalanga, Model 3 akan memberi amaran dan membrek dengan sendiri

Anda boleh menonton video berkenaan aspek keselematan Tesla Model 3 di SINI, tapi kemungkinan besar anda akan menguap dan tidur terus.

Google ads
Back to top button