Motosikal

HIMPUNAN 310 DUCATI PANIGALE DI MALAYSIA BERJAYA LAKAR REKOD DUNIA 

Baru-baru ini telah pun berlangsungnya Panigale Kingdom Mega Gathering di Kuala Lumpur anjuran bersama Ducati Malaysia yang bertujuan untuk meraikan pemilik motosikal Ducati Panigale seluruh negara. 

Menariknya, himpunan tersebut berjaya mengumpulkan 310 motosikal Panigale sekaligus mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 150 yang dilakar pada 2011. 

Bagaimanapun, lebih membanggakan himpunan kali ini bukan sahaja berjaya mengukir nama dalam Malaysia Book of Records malah turut muncul sebagai himpunan terbesar di dunia. 

Menjadikan Ducati Kuala Lumpur sebagai tempat berkumpul lebih 300 motosikal Panigale telah bersama-sama dalam memeriahkan program kali ini yang turut menyaksikan mereka berkonvoi ke Nilai Spring. 

“Panigale Kingdom Mega Gathering bukan setakat acara memecah rekod tetapi turut mencerminkan semangat Malaysia Boleh!,” jelas Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael. 

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Ducati Motor Thailand, Siddhartha Varma turut berkongsi keterujaan sama.

“Cukup mengagumkan dapat melihat motosikal Panigale seramai itu sekaligus membuktikan kesatuan keluarga Ducati,” jelasnya. 

Google ads
Back to top button