Buletin

HINO LANTIK DUA HASO BAHARU. TERLETAK DI GEORGETOWN DAN SUNGAI PETANI, MEMUDAHKAN SOKONGAN SELEPAS JUALAN

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (HINO) melantik dua lagi HASO baharu (Hino Approved Service Outlet) untuk memudahkan akses sokongan selepas jualan kepada pelanggan di utara seterusnya mengukuhkan rangkaian perkhidmatan mereka.

HINO melantik UP Service Centre Sdn Bhd (UP Service) di Georgetown, Pulau Pinang, dan Hong Yee Car Computer Service Sdn Bhd (Hong Yee Car) di Sungai Petani, Kedah, untuk beroperasi sebagai HASO, melayani pelanggan di kawasan sekitar mereka.

Kedua-dua HASO baharu ini mengamalkan garis panduan standard HINO yang dikendalikan oleh juruteknik HINO yang terlatih dan mahir bertujuan untuk melengkapkan perkhidmatan selepas jualan dengan menggunakan Alat Ganti Tulen Hino. Semua pelanggan akan dapat menikmati kualiti perkhidmatan yang sama yang disediakan oleh pusat servis sah HINO 3S.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama, dan Pengarah, Ahmad Yasmin Bin Yahya. Ahli pengurusan dari Pusat Servis UP ialah Pengarah, Kathirveloo, dan Purna Chandran. Manakala pengurusan dari Hong Yee Car diwakili oleh Pengarah Urusan Ng Swee Huat, dan Pengarah, Ng Choo Hooi.

KEMUDAHAN HASO DI PULAU PINANG

Pusat Servis UP memulakan perniagaan pembaikan trak pada tahun 1997 yang bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan trak berkualiti pada harga yang kompetitif untuk pelanggan di bandar Pulau Pinang.

Terletak secara strategik di bandar pulau bagi memudahkan pelanggan melakukan pemeriksaan ekspres, terutamanya pengangkutan jarak jauh yang bergerak dari wilayah selatan. Meliputi keluasan sehingga 7,000 kaki persegi, HASO baharu dilengkapi dengan lima ruang servis termasuk dua ruang ekspres, selain alatan terkini tersedia di outlet itu untuk melakukan servis sehingga 10 kenderaan setiap hari.

KEMUDAHAN HASO DI SUNGAI PETANI

Hong Yee Car telah ditubuhkan sejak 1982 yang khusus dalam perkhidmatan automotif dan penyelenggaraan pembaikan. Terletak kira-kira 10 minit pemanduan dari susur keluar Lebuhraya Sungai Petani Plus, HINO percaya HASO baharu ini akan memberikan 100% sokongan selepas jualan dan akan bertindak balas dengan pantas kepada sebarang kes kecemasan di lebuh raya.

Terdapat 10 ruang perkhidmatan termasuk dua ruang ekspres, kemudahan yang lengkap ini membolehkan HASO baharu ini boleh berkhidmat sehingga 15 kenderaan setiap hari. Kedua-dua HASO baharu di Pulau Pinang dan Sungai Petani diketuai oleh Penasihat Perkhidmatan dan lapan juruteknik profesional di setiap cawangan.

Dengan HASO, HINO percaya rangkaian perkhidmatannya akan terus diperkukuh dan dipertingkatkan. Di HASO, pelanggan boleh menikmati program perkhidmatan yang sama yang ditawarkan di Pusat Servis Hino yang lain.

Google ads
Back to top button