Buletin

MBM RESOURCES CATAT PBT SEKALI GANDA PADA SUKU KEEMPAT

MBM Resources Berhad mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak RM70.6 juta untuk suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pendapatan kumpulan melonjak sebanyak 14.3 peratus berbanding suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 pada RM563.4 juta.

Prestasi positif suku keempat 2020 ini disumbangkan oleh sektor jualan kenderaan dan pembuatan komponen automotif berikutan permintaan tinggi daripada pengguna serta pengeluar kenderaan.

PBT kumpulan naik sekali ganda sebanyak RM49.2 juta atau 104.% berbanding tempoh sama 2019 dengan jumlah direkodkan sebanyak RM96.5 juta.

Pegangan kumpulan dalam syarikat sekutu menyaksikan peningkatan ketara sebanyak RM2.7 juta atau 83.1% keuntungan berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM Resources Berhad, Muhammad Fateh Teh Abdullah berkata pihaknya positif tahun ini akan memperlihatkan minat terhadap pembelian kenderaan penumpang dan komersial kumpulan itu.

Beliau menambah, ia berikutan lanjutan pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang sehingga 30 Jun ini di bawah pakej ransangan Penjana dan sambutan positif para pelanggan.

Bagaimanapun, Muhammad Fateh Teh menjelaskan kumpulan menyedari cabaran dan ketidakpastian daripada kes Covid-19 yang tinggi di dalam negara dan global.

Katanya, ia akan menjadi faktor risiko utama melemahkan prestasi kumpulan dalam masa terdekat.

Jenama kenderaan di bawah MBM Resources Berhad ialah Perodua, Daihatsu, Hino, Volvo dan Volkswagen.

Google ads
Back to top button