Buletin

HINO LANCAR PUSAT 3S TERBAHARU DI BALAKONG, LIBATKAN PELABURAN RM1 JUTA

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (HINO) baru-baru ini melancarkan pusat 3S terbaharunya yang dioperasikan oleh Soon Seng Truck & Parts Sdn Bhd (SSTP) di Balakong. 

SSTP telah melabur sebanyak RM1 juta ke atas kemudahan yang memiliki keluasan 20,000 kaki persegi dan dilengkapi pelbagai peralatan terkini yang memenuhi standard Hino. Selain pembaikan kenderaan, SSTP turut menawarkan perkhidmatan seperti memperbaharui cukai jalan, insurans dan trak tunda 24 jam. 

Pusat 3S berkenaan mempunyai enam ruang servis dan dua tempat penyelenggaraan pantas yang hanya memakan masa selama 45 minit untuk pelanggan yang telah membuat temu janji. Antara kemudahan lain yang disediakan oalah lounge selesa, wifi percuma, minuman serta makanan ringan. 

“Kami melantik SSTP Balakong sebagai pusat 3S Hino. Kami percaya ia akan memudahkan pelanggan untuk mengetahui tentang model terbaharu Hino, menawarkan perkkhidmatan selepas jualan dan membekalkan alat ganti tulen,” kata Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama.

HINO dan SSTP sudah menjalin kerjasama selama lebih 40 tahun, bermula sebagai pengedar sah alat ganti di Seremban. Pada tahun 2008, SSTP dinaik taraf menjadi 3S dan berpindah ke Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2014. 

Pusat 3S berkenaan terletak di No. 7, Jalan Taming Jaya, Taman Taming Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Ia dibuka Isnin-Jumaat dari jam 8:30am hingga 5:30pm, Sabtur (8:30am-4.30pm). Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8961 1389. 

Google ads
Back to top button