Modifikasi

PROTON SATRIA GTi GSR – STAIL JDM

Sesiapa yang mula main kereta di zaman awal Proton mesti tahu kereta ini, Satria Gti. Dari tarikh penubuhan Proton pada 1983 hingga ke tahun 2013, inilah kereta yang paling ikonik, diminati, sporty dan tak dilupakan dan paling banyak hilang. 

Kerjasama Proton dengan firma luar negara termasuk Lotus telah menghasilkan bukan satu, tetapi tiga model terbaik. Ia bermula dengan model Proton Wira 1.8 Limited (1995-1997), Proton Putra (1997) dan akhirnya Satria pada tahun 1999.

Saya tidak nafikan, inilah kemuncak kejayaan sebuah pembuat kereta kecil dari negara Islam yang diterima baik dan dipuji di Australia misalnya.

Tidak banyak kereta sumpamanya yang dibuat ketika tu. Tahun 1999, cubalah cari kereta yang boleh dibeli pada harga RM70,000 dengan spesifikasi Gti. Aksesori Recaro, Momo dan kualiti pengendalian Lotus kini hanya tinggal kenangan. Saya rasa Proton sekarang lebih fokus kepada nak jual kereta, bukan lagi untuk ‘membuat’ kereta.

Baiklah. Kira-kira 10 tahun selepas ia dipertontonkan buat pertama kalinya, kereta ini masih laku keras di pasaran terpakai. Bukan itu saja, Satria bukan Gti secara automatik banyak convert pada badan kereta ini. Kalau Mirage, bukan main susah nak menjawab bila ada road block. Pandu Gti, senyum sampai telinga.

Ini salah satu contohnya. Model asas Satria yang mendapat kit Gti penuh. Dengan warna merah menyala dan ekzos besar serombong kapal, adalah mustahil guna enjin 4G93 NA. Jawapannya, enjin 4G893 GSR. Senang pasang, tak kecoh pun nak pergi pemeriksaan Puspakom, kawal selia JPJ pun mudah.

Waktu awal musim GSR dulu, enjin ini jarang dimodifikasi. Namun sekarang dah banyak yang buat R&D dan makin laju. Salah satu resepinya ialah tukar piston 81mm 4AGZE dengan turbin TD05H 16G. Enjin ini dimodifikasi agak ekstensif dengan cam Duratech 288, port dan polish serta pulley HKS boleh laras.

PROTON SATRIA GTI GSR

Pembekalan minyak dikawal selia oleh pam bahan api Walbro. Bersamanya ialah fuel rail Works dan regulator Tomei. Sementara boost ditingkatkan pada 1.1 bar. Injektor 510cc Evo 3 ditambah, injap blow off olskul Sheepdog dipasang bersama wastegate Turbosmart. Sistem ekzos diperbaharui dengan paip saluran terus 3 inci dan serombong kapal bawah bampar belakang itu ialah muffler APEXi. Akhir sekali, pasang SAFC APEXi.

Kotak gear asal GSR tiak pernah dibuat Mitsubishi 2WD, jadi kerja mengunci mesti dibuat pada transmisi 4WD. Sambil-sambil itu, pasang klac Exedy 3 kaki siap cover dengan pressure plet. Tergeliat juga juga kaki kalau kena gout, jangan buat pasal.  

Mazda CX30

BACA: PADANAN TERBAIK, SATRIA DAN 4G93T

BACA: WIRA AEROBACK TURBO? BOLEH JUGA…

Di bahagian roda ialah rim TE37 putih 16 inci dengan tayar Toyo R888 dan RE01 bersaiz 205/55 depan belakang. Tayar sahaja dah mahal. Kalau tak berkira pasal tayar, apatah lagi suspensi ye dak?

Kereta ini menggunakan set suspensi boleh laras JIC Magic dengan fungsi bodyshift. Kalau tak silap saya, ini model yang strut ikut turun dengan valve body. Makna kata kalau pakai spring dengan rate 10kgmm, turun atau naik posisi strut akan tetap dapat bounce dan rebounce yang sama. Nampak? Nampak?

PROTON SATRIA GTI GSR

Brek depan pula dipasang dengan twinpot Mitsubishi yang diambil daripada model FTO.

Walaupun bahagian luar kereta dipakaikan dengan 100 peratus kit Gti, tetapi tidak di dalamnya. Kokpit kereta dipasang dengan Recaro SR3 yang dibalut merah hitam. Tempat duduk belakang dan panel pintu pun sama. Jadi dapatlah warna senada yang begitu Type-R sekali.

Papan pemuka Evo 3 mana ada orang layan dah sekarang. Kasi masuk papan pemuka GSR CK satu kali. Gajet di atas meter cumalah sebuah boost meter dan SAFC. Kereta-kereta power jarang yang over-decorated. Cuma yang tak laju biasanya ada meter bersusun macam bekas kuih raya.

Dalam pada keghairahan orang buat stance atau hellaflush sana sini, pengikut tegar JDM nampaknya masih setia dengan budaya turun temurun ni. Saya dah tengok trend main kereta sejak zaman sekolah lagi. Satu yang saya yakin paling lama bertahan  ialah konsep JDM.

[hr] GALERI

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button