BuletinMotosikal

IA TREK PERTAMA SAYA. SUDAH TENTU SAYA TAK SABAR KE THAILAND! – HAFIZH

Pusingan MotoGP hampir sampai ke penghujungnya. Litar Buriram bakal menyaksikan sejarah yang memungkinkan Marc Marquez merebut kejuaraan MotoGP 2019 lebih awal dengan kedudukan mata terkininya yang sukar digugat Dovizioso. Apatah lagi dengan prestasinya yang cukup konsisten sepanjang musim.

Namun ada yang lebih menarik tentang Buriram. Pelumba negara yang kini berada dalam kem KTM Tech 3 juga nampaknya tidak sabar untuk kembali ke Thailand.

“Akhirnya, kita sampai di Asia. Saya tak sabar dan harap dapat berlumba dengan baik di Thailand demi peminat di sini.

“Saya ada banyak kenangan manis di litar ini. Pertamanya, ia trek pertama saya dalam perlumbaan MotoGP bersama Yamaha pada 2018 selepas saya mendapat panggilan untuk percubaan di Buriram.

“Saya suka Thailand dan orang-orangnya. Saya akan cuba terus mendapatkan mata hingga ke penghujung musim.

Secara fizikalnya saya berasa sangat bertenaga. Saya sudah cukup bersedia dengan latihan yang ekstensif. MAri lihat apa yang boleh kami lakukan sebaik sahaja kami tiba di sana.

Google ads
Back to top button