BuletinMotosikal

HONDA SUPER CUB C125 MASUK AMERIKA YOB!

Ini lah motosikal legenda. Honda Cub. Di negara kita Honda Cub memang legenda dek kerana sifatnya yang tahan lasak serta murah dan mudah untuk diselenggara.

Honda Cub juga adalah motosikal pelbagai fungsi. Boleh digunakan untuk ke tempat kerja, berniaga, hantar anak ke sekolah atau dipandu ke surau dan masjid.

Populariti Honda Cub bukan sahaja di negara membangun dan membantu ekonomi rakyat tetapi juga dikenali di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Memang legenda dan tahukah anda berapa usia Honda Super Cub? 

60 tahun. Memang legenda habis. Honda Cub telah mengalami pelbagai evolusi daripada lampu bulat sampailah ke lampu petak. 

Walaupun Honda sudah terkenal dan mempunyai pelbagai jenis produk dari darat sehingga ke udara, model yang satu ini tidak pernah dilupakan.

Pada Pameran Kenderaan Tokyo 2017 yang dianjurkan September tahun lepas, Honda telah mempamerkan model baharu Super Cub C125. Model baharu itu tampil ikonik dengan mengambil inspirasi daripada rekaan asal lewat 50 an dahulu.

Berita menarik susulan daripada pameran itu, Honda pada awal bulan ini telah mengumumkan penjualan Super Cub C125 ke pasaran Amerika Syarikat!

Kali terakhir Honda mengimport Super Cub ke AS ialah pada tahun 1974 dan kemasukan semula ini adalah sempena ulangtahun motosikal itu yang ke-60.

Kira hebat sebab pasaran Asean dengan puluhan juta pelanggan pun masih belum menerima model generasi baharu ini. Model baharu Super Cub C125 walaupun tampil dengan reka bentuk klasik tetapi ia dilengkapi dengan teknologi moden seperti sistem suntikan bahan api dan ABS.

Suntikan bahan api mungkin dah biasa tetapi ABS untuk Honda Cub memang luar biasa! Walaupun diumumkan bulan ini, Honda Super Cub C125 hanya akan memasuki pasaran AS pada bulan Januari tahun depan.

Harga tahap Honda EX-5 di negara kita atau bagaimana? Yang ini luar biasa sikit. Di AS harga yang disasarkan ialah USD 3,599 atau bersama RM 14,357.72 !!!

Bukan salah baca, memang betul itu angkanya. Tidak dipasti kenapa mahal sangat atau boleh jadi harga USD 3,599 di AS tu kira biasa-biasa.

BACA: HONDA SUPER CUB – DICIPTA BERDASARKAN MI SOBA JEPUN!

BACA: MESIN RUMPUT HONDA TYPE R & FIREBLADE – SERIUS INI BUKAN LAWAK

Apa pun motosikal ini memang lawa dan satu lagi model legenda yang bakal memasuki pasaran AS ialah Honda Monkey. Harga pun sama tinggi juga iaitu USD 3,999 dan USD 4,199 untuk model ABS.

Malas nak tukar nilai sebab sah belas-belas ribu jika dalam RM. Tunggu sajalah motosikal ini masuk ke pasaran kita baru jelas harganya nanti.

Google ads
Back to top button