Buletin

HONDA ACCORD BAHARU DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Honda Malaysia mengumumkan bahawa Acord baharu kini sudah dibuka untuk tempahan di semua 88 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Honda-Accord-facelift-Thailand-2016-mekanika (2)

Selepas lebih 40 tahun dipasarkan, Accord menjadi model flagship Honda yang menawarkan ciri premium dan prestasi.

Accord mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 2001. Sehingga 30 Julai 2016, lebih 75,000 unit sedan eksekutif itu telah dijual. Model generasi kesembilan ini dilancarkan pada akhir tahun 2013 dan mencatat jualan lebih 23,000 sehingga kini.

Honda-Accord-facelift-Thailand-2016-mekanika (1)

Accord akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0 VTi, 2.0 VTi-L dan 2.4 VTi-L. Model ini menerima penambahbaikan pada bahagian hadapan. Ia melibatkan lampu nyalaan siang (DRL) LED dan lampu utama rekaan baru.

Pada bahagian belakang pula, lampu LED menyerlahkan penampilannya yang dinamik. Semua itu disempurnakan lagi dengan rim aloi rekaan baru. Dinamik pemanduan dan pengendaliannya tidak disentuh. ia masih lagi sebuah sedan saiz penuh yang seronok dipandu.

Honda-Accord-facelift-Thailand-2016-mekanika (9)

Accord juga akan menjadi model pertama yang ditawarkan dengan biru baharu, Obsidian Blue Pearl. Warna baru lain yang diperkenalkan pada Accord termasuklah putih dan perak.

Sedan ini akan dipamerkan di siri jelajah mulai 12 Ogos hingga 4 September 2016. Jadual lokasi siri jelajah adalah seperti berikut:

Honda-Accord-facelift-booking-2016-mekanika (1)

Honda-Accord-facelift-booking-2016-mekanika (2)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button