Buletin

ETCM PANGGIL SEMULA 133,118 KENDERAAN NISSAN – MASALAH BEG UDARA TAKATA & BACK DOOR STAY

Berikutan pengumuman Nissan Motor Co. Ltd akibat masalah inflator beg udara Takata dan Back Door Stay yang melibatkan kenderaan Nissan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS), telah melancarkan kempen memanggil semula semua kenderaan yang terlibat.

ETCM-Mayflower-mekanika (5)

INFLATOR BEG UDARA TAKATA

Selepas disiasat, sebanyak 110,945 unit kenderaan Nissan mempunyai masalah inflator beg udara Takata, (termasuk kempen sebelumnya). Sebagai makluman, TCEAS pernah membuat panggilan semula kali pertama pada tahun lepas.

07 New Nissan Grand Livina IMPUL

Inflator Beg Udara Takata Pemandu:

MODEL TAHUN DIKILANGKAN UNIT YANG TERBABIT
NAVARA D40 (CBU & CKD) 2007 – 2014 12,634
LATIO C11 (CKD) Jun 2007 –  Oktober 2014 10,763
GRAND LIVINA L10 (CKD) Julai 2007 – Oktober 2013 69,965
X-GEAR L10 (CKD) November 2010 – Oktober 2013 4,874

Inflator Beg Udara Takata Penumpang Hadapan:

MODEL TAHUN DIKILANGKAN UNIT YANG TERBABIT
X-TRAIL T30 (CKD) Mei 2002 – Mac 2007 10,589
April 2007 – Disember 2008 2,101
TEANA J31 (CBU) Ogos 2004 – September 2004 2
LIBERTY M12 (CBU) 2003 17

Nissan-X-Trail-IMPUL-mekanika (1)

Kempen ini bagaimanapun tidak melibatkan model Nissan Teana (L33), Nissan X-Trail (T32) dan Nissan NP300 Navara baharu yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada bulan Jun 2014, Januari 2015 dan November 2015, serta model-model Nissan yang terkini di pasaran.

BACK DOOR STAY

ETCM dan TCEAS juga telah dimaklumkan oleh Nissan Motor Co. Ltd bahawa masalah Back Door Stay melibatkan sebanyak 22,173 unit kenderaan Nissan.

MODEL TAHUN DIKILANGKAN UNIT YANG TERBABIT
SERENA S-HYBRID C26 (CBU) September 2012 – November 2013 4,001
SERENA S-HYBRID C26 (CKD) Februari 2014 – Mac 2016 3,715
X-TRAIL T32 Ogos 2014 – Disember 2015 8,756
NV200 M20 September 2011 – Februari 2016 5,701

Lapisan cat pada pintu belakang kenderaan dikatakan tidak mematuhi keperluan reka bentuk untuk rawatan anti karat. Hasilnya, silinder tiub door stay boleh mengakis, menyebabkan kebocoran gas pada silinder.

NISSAN SERENA S-HYBRID CKD – RM138,800

Dalam jangka masa panjang, back door stay mungkin menjadi lemah serta melumpuhkan fungsi back door.  Penggantian akan dibuat sekiranya alat ganti sedia ada pada bulan September 2016.

Para pemilik Nissan kenderaan yang terbabit akan dimaklumkan secara terus dan surat oleh TCEAS. Pemilik yang menerima surat inasihatkan menghubungi outlet TCEAS yang terdekat untuk temu janji. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk servis ini adalah percuma.

Para pelanggan boleh menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan Nissan atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’, diikuti dengan ‘Recall Campaign’) untuk maklumat lanjut.

Krisis yang dihadapi bagi masalah beg udara ini melibatkan hampir semua pengeluar kenderaan. Dari tahun lalu, hampir semua pengeluar seperti Honda, Mazda dan Toyota telah membuat pengumuman secara rasmi.

 

Google ads
Back to top button