Buletin

HONDA ADV160 KINI DATANG DENGAN WARNA BAHARU, FORCE SILVER – HARGA BERMULA RM12.9K

Boon Siew Honda hari ini mengumumkan jentera Honda ADV160 diperkenalkan dalam warna baharu iaitu Force Silver dan boleh didapati bermula 7 November ini.

Honda ADV160 dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah di seluruh negara dan dijual dengan tanda harga bermula RM12,999 tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.

Dari segi perincian, ia masih dikekalkan termasuk ketinggian tempat duduk 780mm, cermin hadapan boleh laras dua langkah, ruang utiliti serbaguna dan versatile 30 liter.

Dari segi kuasa, jentera ini dijana oleh enjin 156.9cc 4-injap dengan teknologi enhanced Smart Power Plus (eSP+).

Nadi berkenaan berupaya menghasilkan 15.8hp pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500 rpm.

Selain itu, Honda ADV160 hadir dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk melaraskan kuasa enjin bagi mengoptimumkan tork di tayar belakang sekaligus mengurangkan kegelinciran tayar.

GALERI:

Google ads
Back to top button