Motosikal

KAWASAKI Z900RS BOCOR!

Khabar bahawa Kawasaki sedang membangunkan model Z900RS semakin bertiup kencang.

kawasaki-z1-z900-mekanika (2)

Walaupun Kawasaki masih menutup rapat sebarang informasi berkaitan motosikal gaya retro itu, tetapi dokumen model tersebut didakwa telah bocor di alam maya.

Jika  diperhatikan, Kawasaki Z900RS merupakan model yang diambil daripada model Kawasaki Z1 sekitar tahun 1977. Kawasaki Z1 ketika itu memiliki persamaan dengan Kawasaki 900S4, KZ900, Z1000 atau KZ1000.

Saat ini, pengeluar motosikal dari Jepun itu mereka  Z900RS sebagai model roadster dengan penampilan retro klasik.

Rencananya, Kawasaki Z900RS akan dilengkapi enjin 903cc empat silinder. Walaupun dokumen dalaman model itu sudah bocor, masih tiada lagi informasi tentang bilakan model itu akan muncul.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button