Buletin

KEMBAR CR-V, HONDA BREEZE 2023 BAKAL DILANCARKAN DI CHINA

Honda bakal menawarkan dua buah SUV yang hampir sama iaitu CR-V keluaran Dongfeng Honda dan dan Breeze yang dihasilkan oleh GAC Honda. Breeze generasi baharu muncul menerusi satu set gambar daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi China yang mendedahkan reka bentuk luarannya.

Sama seperti keluaran terdahulu yang diperkenalkan pada 2019, Honda Breeze facelift berkongsi ciri asas, beberapa panel badan dan dalaman CR-V. Dengan generasi baharu CR-V, penggayaannya dilihat lebih masuk akal.

Breeze menerima reka bentuk baharu dengan lampu hadapan LED nipis dan gril yang jauh lebih kecil menjadikan lambang Honda sedikit menonjol, manakala bamparnya sedikit rendah dan nampak lebih besar.

Garisan penutup menunjukkan dengan jelas bahawa bonet dan fender hadapan adalah berbeza daripada CR-V. Meskipun dari profil kelihatan hampir sama, namun kemasan plastik berwarna hitam pada badan mempunyai bentuk yang berbeza. Menariknya, cermin juga kelihatan lebih besar, dengan penderia ADAS bersepadu di bawahnya.

Di bahagian belakang, lampu belakang LED berbentuk L bagi CR-V digantikan dengan rekaan unit lampu melintang bersama perumah berwarna hitam berkilat yang kelihatan serupa dengan Breeze generasi sebelumnya.

Perkara yang sama berlaku untuk pintu belakang dengan pemegang plat lesen diletakkan lebih rendah daripada CR-V. Akhirnya, bampar berwarna badan nampak lebih sporty dengan corong ekzos berkembar berwarna krom.

Mengikut spesifikasi, Honda Breeze berukuran 4,716mm panjang, 1,866mm lebar dan 1,691mm tinggi dengan jarak roda 2,700mm. Angka tersebut hampir sama dengan CR-V, cuma sedikit panjang (22mm) disebabkan oleh bampar yang direka bentuk semula.

Malangnya, kami tidak mempunyai foto ruang kabin. Tetapi papan pemuka dijangka sebahagian besarnya sama seperti yang terdapat pada CR-V. Antaranya, skrin sentuh untuk infotainmen bersaiz 9 inci, paparan instrumen digital dan bumbung suria.

Spesifikasinya sama seperti CR-V untuk pasaran AS iaitu menggunakan enjin petrol empat silinder 1.5 liter turbo yang menghasilkan 190hp. Kuasa disalurkan sama ada ke hadapan atau ke keempat-empat roda melalui kotak gear CVT.

Enjin petrol itu dihasilkan oleh Dongfeng untuk CR-V dan Breeze yang akan dijual di China. Besar kemungkinan Breeze akan menggunakan enjin 2.0 liter dan dua motor elektrik untuk sistem hibrid yang lebih cekap.

Honda Breeze dijangka dilancarkan di China pada awal tahun 2023.

GALERI:

Google ads
Back to top button