Buletin

HONDA CR-V GENERASI BAHARU TERIMA LEBIH 5,000 TEMPAHAN, 43 PERATUS PILIH VARIAN V

Honda CR-V generasi baharu telah secara rasmi memasuki pasaran tempatan pada 14 Disember 2023 dan prestasi jualan kereta ini boleh disifatkan sebagai memberangsangkan.

Honda Malaysia menawarkan tiga model utama, iaitu S, E, V dan varian e:HEV RS yang tampil lebih premium dengan padanan corak mesh pada gril, lampu LED penuh hadapan dan belakang, lampu kabus LED hadapan serta lampu membelok berjujukan LED.

Dengan lebih daripada 5,000 tempahan terkumpul sejak pelancarannya, 43 peratus pengguna memilih versi V.

CR-V baharu telah menerima lebih daripada 6,500 tempahan dalam masa dua bulan, melebihi jangkaan pengeluar asal.

Model V AWD menjadi pilihan utama dengan perkadaran 45 peratus dan ia dijangka meningkat pada masa hadapan.

Bagi varian V, ia menerima kerusi pemandu dengan fungsi memori, kamera keliling, kad kunci Honda serta kluster instrumen tujuh-inci semi digital dengan speedometer analog.

Turut melengkapi V AWD ialah pintu kuasa bebas kendalian tangan di belakang dan sistem kamera sisi LaneWatch, sistem kamera 360-darjah multi-sudut, cermin sisi beralih sudut ketika undur serta istem peninjau tekanan tayar.

Dari segi kuasa, ia dijana 1.5L VTEC Turbocharged, menghamburkan 190hp, 243Nm tork, yang disalurkan ke roda menerusi CVT dan berupaya memecut 0-100 km/j dalam masa 10.4 saat.

Untuk varian V ini, ia ditawarkan pada harga bermula RM181,900.00. – Automachi

Google ads
Back to top button